HomeUtamaKSTI cadang tambah jumlah peruntukan STEM tahun depan

KSTI cadang tambah jumlah peruntukan STEM tahun depan

Read Time:2 Minute, 37 Second

Papar:   Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) bercadang untuk menambah jumlah peruntukan tahunan Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), tahun depan.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peruntukan yang disalur kepada setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu bertujuan untuk menggalakkan minat para pelajar dalam bidang STEM.

Katanya, ia sekali gus mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.

“Jumlah peruntukan tahunan yang kita sediakan ialah RM20,000 bagi setiap PPD, tahun hadapan kita akan cuba naikkan.

“Sebelum ini, peruntukan berjumlah RM15,000 dan kita akan lihat bagaimana pencapaian di semua PPD sangat baik dan anak-anak kita pun kebanyakannya mempunyai inovasi dan kreativiti yang bagus, ini sebabnya kita perlu asah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Perasmian Festival STEM dan TVET Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 anjuran PPD Papar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, peruntukan yang dinaikkan itu adalah bagi tujuan  merancakkan lagi pelaksanaan pelbagai program STEM yang melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati dan berharap agar festival seumpama itu dijadikan sebagai program tahunan di daerah terbabit.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada PPD Papar kerana menyahut cabaran untuk anjurkan program ini dan saya berharap program ini dapat dijadikan program tahunan bagi PPD Papar.

“Yang kita harap ialah bagaimana anak-anak kita di seluruh Sabah meningkat minat mereka setiap hari agar sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus ke atas dapat kita capai. Di samping itu, kementerian dan kerajaan negeri khususnya akan membantu Sabah untuk menggalakkan anak-anak kita dalam bidang ini,” katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Arifin menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) STEM Bersepadu dan Pertandingan Microbotic Peringkat Negeri Sabah 2024.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bakat), Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Sabah, Roslan bin Madisal dan Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Bakri Sudin.

Bagi pertandingan PBL STEM Bersepadu Kategori Prasekolah dimenangi oleh SK Surati, dengan tajuk Mini Squeezer diikuti SK Buang Sayang yang meraih naib johan dan tempat ketiga menerusi projek Tong Sampah Robot dan Eco Stool.

Selain itu, SK Tampasak dengan projek  turut memenangi johan Kategori Sekolah Rendah Tahap 1 menewaskan SK Kaiduan (Salapa) adn SK Belatik (Eco-Pinyarn).

SK Tampasak turut menggondol gelaran johan dalam kategori sekolah rendah tahap 2 dengan projek bertajuk Ezi F-Feeder  mengalahkan pencabar terdekat, SK Kaiduan sebagai naib johan dan tempat ketiga masing-masing bertajuk Rombituon dan Kolumis.

Sementara itu, SMK Majakir terus mengungguli johan dan naib johan dalam kategori sekolah menengah (menengah rendah) dengan projek bertajuk Clean Hands, Healty Life dan Model CBS manakala, SMK Benoni di tempat ketiga (EcoVision).

Johan kategori sekolah menengah (menengah atas) pula diraih oleh tuan rumah, SMK Pengalat menerusi projek bertajuk Electricity Generation Model Using Rain Water and Solar Energy. 

Turut disampaikan, hadiah pemenang pertandingan robotic yang dimenangi oleh SK Kelanahan dan SMK St Joseph masing-masing bagi kategori sekolah rendah dan menengah.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular