HomeSukanPiala MFL : Alto ambil alih bimbing Sabah FC II, mahu anak...

Piala MFL : Alto ambil alih bimbing Sabah FC II, mahu anak buah kembali bangkit

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC II yakin tampil lebih bertenaga, fokus serta mahu mengelak dari menjadi pasukan belasahan baki mengharungi saingan Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ketua Jurulatih Sabah FC II, Alto Linus berkata, skuad itu perlu bangkit segera dengan memastikan setiap perlawanan mereka dapat mencapai keputusan positif sekali gus memperbaiki kedudukan carta Liga MFL.

Katanya, ketika ini beliau terpaksa melakukan banyak ‘kerja rumah’ untuk memastikan Sabah FC II bangkit segera daripada beberapa episod kekalahan menyebabkan dibolosi pada jumlah jaringan yang besar.

“Fokus utama saya kini adalah sudah tentu kepada cara untuk memperbaiki kelemahan, mengenalpasti punca kelemahan serta meningkatkan kematangan corak permainan mereka ketika berada di atas padang.

“Sabah FC II mempunyai banyak potensi cuma mereka perlu bekerja keras untuk terus memperbaiki kesilapan sangat mudah sehingga berada di tangga tercorot liga selepas dibolosi dengan jumlah jaringan yang begitu besar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alto kini mengambil alih tugas  kejurulatihan pasukan daripada Johnny Dominikus berkata, beliau akan berusaha untuk menerapkan corak permainan lebih taktikal dan teratur, bagi memastikan setiap kesilapan mudah dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Sabah FC II perlu positif, segera bertindak menukar corak permainan agar setiap perlawanan dilalui akan memperoleh keputusan yang baik berbanding sebelum ini.

“Untuk ke arah itu, semua pemain perlu bekerja keras serta memahami apa objektif pasukan, tidak kira sama ada dalam latihan atau dalam perlawanan sebenar,” katanya.

Sabah FC II dijangka akan menentang Kuala Lumpur City, pada 23 Julai ini, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Selangor. – SABAH MEDIA /FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027: Hannah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular