HomeUtamaAnggota tentera Brunei maut, motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Tambunan

Anggota tentera Brunei maut, motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Tambunan

Read Time:1 Minute, 20 Second

KENINGAU: Seorang anggota Tentera Diraja Brunei maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 39, Jalan Keningau – Tambunan pada Sabtu.

Mangsa Sarjan Mejar Mohammad Joeriman Abdul Latif, 40, warganegara Brunei itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, sebelum kejadian pada 20 Julai semalam (Sabtu), kira-kira jam 10 pagi mangsa berkonvoi bersama empat rakan masing-masing menunggang motosikal dari arah Keningau ke Sandakan bagi menyertai Event Bike Week / Bike Fest MC/MG Permotoran Asean pada 19-21 Julai 2024 di Daerah Sandakan.

“Tiba di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang warga emas lelaki berusia 70 tahun telah keluar simpang dari arah Kampung Monsorulung, Tambunan memasuki jalan utama yang dilalui mangsa, mangsa cuba mengelak ke sebelah kanan jalan tetapi terlanggar di bahagian hadapan sebelah kanan kenderaan Hilux tersebut.

“Akibat pelanggaran itu motosikal ditunggang mangsa telah tercampak di sebelah kanan bahu jalan arah bertentangan manakala mangsa telah terjatuh dan terperosok di bawah kenderaan Hilux.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut, namun pada jam lebih kurang 2.56 petang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas semasa mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Keningau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Yampil, pada jam 4.52 petang, bertempat di perkarangan Bahagian Siasatan Polis Trafik Daerah (BSPTD) Keningau, tangkapan telah dilakukan terhadap pemandu Hilux berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular