HomeIsu tempatanKerajaan diminta ambil tindakan tegas terhadap pencerobohan tanah

Kerajaan diminta ambil tindakan tegas terhadap pencerobohan tanah

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : “Meskipun notis pertama telah dikeluarkan pihak berwajib namun pemilik rumah yang menceroboh tanah Kerajaan dan persendirian itu masih belum mengambil tindakan,” kata Yap Siong Han.

Yap adalah pemilik tanah yang diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab di Kampung Tabur Rampayan Menggatal.

Katanya, individu berkenaan telah membina rumah bertingkat di atas tanah Kerajaan yang merupakan rizab jalan raya selain turut memasuki sebahagian tanah bergeran milik pengadu.

“Pencerobohan tanah ini telah lama dilakukan oleh pemilik rumah berkenaan dan telah memasuki tanah bergeran rumah saya selain aduan juga telah saya sampaikan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR); Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Kota Kinabalu untuk tindakan memberikan notis kemudian merobohkan struktur haram berkenaan.

“Notis amaran pertama oleh JKR dan JTU untuk pemilik berpindah telah diberikan kepada pemilik bangunan berkenaan masing-masing pada Ogos dan Oktober pada tahun lalu yang memberikan tempoh masa sebulan untuk berpindah,  tetapi sehingga hari ini pemilik berkenaan masih enggan mematuhi undang-undang yang dikeluarkan,” katanya kepada Sabah Media di sini.

Beliau yang juga seorang wartawan kanan sebuah syarikat akhbar tempatan di ibu negeri berkata, pemilik rumah berkenaan dilihat enggan berpindah tetapi membina dan meluaskan lagi bangunan berkenaan baru-baru ini sehingga terkena dengan tiang-tiang elektrik dan meter-meter air penduduk kampung.

Menurutnya, laporan polis untuk kali kedua telah dilakukan terhadap pemilik bangunan berkenaan pada 18 Julai lalu di Balai Polis Menggatal.

Tambahnya, beliau kemudian diminta untuk membuat rujukan lebih terperinci di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Laporan itu akan dihantar ke JTU yang mana saya difahamkan bahawa isu ini akan dimasukkan dalam mesyuarat yang akan diadakan di JTU pada bulan ini.

“Saya percaya setiap tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang pasti akan menerima akibatnya, tanpa mengira pencerobohan tanah yang dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin ataupun kepada mereka yang mempunyai kad pengenalan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular