HomeUtamaFrancis Chong dilantik Presiden Majlis Perbandaran Penampang

Francis Chong dilantik Presiden Majlis Perbandaran Penampang

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Francis Chong Yu Shing dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP).

Watikah pelantikan Presiden MPP itu disampaikan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada majlis yang diadakan Wisma Innoprise, di sini, hari ini.

Francis Chong akan memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos ini.

Francis Chong, 59, memiliki pengalaman meluas selama 37 tahun dalam sektör perkhidmatan awam. Sebelum menjadi Pegawai Daerah Penampang, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Kudat dan mengetuai daerah kecil sebagai Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong.

Dr. Joachim berharap Francis bersama jentera kerja Majlis Perbandaran Penampang (MPP) akan meningkatkan kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Penampang dan turut menyatakan bahawa MPP mendapat sokongan kuat daripada Kementerian.

MPP dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada bulan Oktober tahun ini.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Timbalan Presiden, Noemi Deyna Johntren; Setiausaha, Robert Malangkig dan Timbalan Setiausaha, Andresia A. Lojingau.

Hadir sama dalam majlis ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Jamili Nais; Timbalan Setiausaha Tetap I, Stanley Chong; Timbalan Setiausaha Tetap II, Faridah Giau; dan Setiausaha Rendah (Pembangunan), Johnny Samson.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis Tawau belum terima aduan individu menyamar buat bancian penduduk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular