HomeUtamaHuda, Muin dinobatkan johan pertandingan khat Nusantara dan Kebangsaan

Huda, Muin dinobatkan johan pertandingan khat Nusantara dan Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 50 Second

Membakut : Peserta dari negara Indonesia, Huda Purnawadi,33, dan peserta dari Kedah, Muin Asymawi Muzammil Soliheen,26, masing-masing berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan khat spontan Nusantara dan Kebangsaan.

Pertandingan sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Sabah Malaysia kali ke-12 itu telah dirasmikan penangguhan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di sini semalam.

Naib johan bagi pertandingan kategori Nusantara, ianya telah dimenangi peserta mewakili Kuala Lumpur Ahmad Abdul Hadi Shamsul dan ketiga dimenangi Puma Lorenky dari Indonesia.

Arifin (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Huda.

Manakala bagi pertandingan kategori Kebangsaan, ianya telah dimenangi peserta mewakili Sarawak iaitu Muhammad Azinuddin Annuar (Naib Johan) dan ketiga Mohd Zulfikri Sobri mewakili Kedah.

Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai dan sijil

Terdahulu, Arifin ketika ditemui berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat khususnya dalam menjayakan penganjuran bagi edisi ke-12 pada tahun ini.

Arifin (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Muin.

“Saya juga ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua, termasuklah pembentang kertas kerja dan pemakalah yang telah memberikan buah fikiran dalam menjayakan Mahrajan ini.

“Tahun hadapan, kita akan adakan lagi Mahrajan yang sama untuk kali ke-13. Dan pada tahun ini, kita tambah beberapa program termasuk program bersama belia, kemudian kita buat pertemuan penulis khat di sedunia.

“Kita buat juga pada tahun ini untuk melestarikan seni budaya Islam iaitu pertandingan selawat dan pertandingan beduk yang mana ini sangat penting untuk generasi yang akan datang,” katanya.

Arifin meneliti salah satu karya penulis khat.

Dalam pada itu, Arifin yang juga pengasas Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara itu berkata, Sabah akan mewujudkan Sekretariat Nusantara Mahrajan dan Khat yang menghimpunkan pencinta khat Asean.

Katanya, perbincangan dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan negara-negara Asean akan diadakan pada tahun ini bagi melancarkan Sekretariat Nusantara Mahrajan dan Khat.

“Melalui Sekretariat Mahrajan Khat Nusantara, setiap negara akan ada sekretariatnya dan kita di Sabah menjadi pusat untuk pelaksanaan program-program pengembangan, pemeriksaan, bengkel dan seminar khat.

“Ini termasuklah mahrajan kita untuk memudahkan urusan, pemakluman dan berkongsi ilmu dalam bidang seni kaligrafi ini.

“Sekretariat akan kita wujudkan selepas Hari Merdeka nanti dan diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas-Tugas Khas,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular