HomeUtamaJBPM lakukan penerbangan rendah helikopter, orang awam dinasihatkan tidak panik

JBPM lakukan penerbangan rendah helikopter, orang awam dinasihatkan tidak panik

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah akan melaksanakan siri latihan melibatkan penggunaan helikopter bomba di Putatan dan sekitar bermula esok.

JBPM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, latihan itu akan dilaksanakan selama tiga hari sehingga Khamis ini.

“Dimaklumkan bahawa JBPM akan melaksanakan siri latihan melibatkan penggunaan helikopter bomba bermula 23 hingga 25 Julai ini.

“Penggunaan helikopter itu akan membuat penerbangan rendah sekitar 500 kaki di daerah Putatan dan sekitarnya,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Penerbangan rendah helikopter bomba itu adalah bersempena majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan pada 25 Julai ini.

Sehubungan itu, JBPM menasihati orang awam untuk tidak panik dan risau dengan kehadiran aset bomba berkenaan.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak panik dan risau jika melihat helikopter bomba terbang rendah dan berlegar di daerah Putatan dan sekitarnya,”katanya. –SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular