HomeSukanPasukan Bola Sepak Veteren Lahad Datu juarai kejohanan Piala MP Ranau

Pasukan Bola Sepak Veteren Lahad Datu juarai kejohanan Piala MP Ranau

Read Time:1 Minute, 12 Second

Lahad Datu : Pasukan bola sepak veteran MUFC Legend mewakili daerah Lahad Datu berjaya mencipta sejarah apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Veteran yang berlangsung di Kompleks Sukan Ranau baru-baru ini.

Kejohanan selama dua hari itu menyaksikan penyertaan sebanyak 32 pasukan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan.

Pengendali pasukan, Daud Ahmad berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan prestasi luar biasa pasukan MUFC Legend yang berjaya mengungguli kejohanan terbuka itu dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

“Pasukan kami menunjukkan semangat juang yang tinggi dan permainan yang konsisten sepanjang kejohanan ini,” katanya.

Selain meraih gelaran juara, pasukan MUFC Legend turut menyapu bersih anugerah individu dengan Rahim Sahanung dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan.

Manakala Lorensius Petrus diiktiraf sebagai Penjaga Gol Terbaik. Kedua-dua pemain ini memainkan peranan penting dalam kemenangan pasukan mereka.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertemuan bakat-bakat veteran, tetapi juga sebagai platform untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan pemain. 

“Kejayaan ini adalah hasil dari kerjasama sepasukan dan dedikasi setiap pemain,” tambah Daud.

Kejohanan seterusnya akan diadakan di Keningau pada bulan September, dikenali sebagai Piala Presiden BSC Keningau, dan dijangka melibatkan sebanyak 40 pasukan. 

“Kami sudah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran di Keningau dan berharap untuk terus membawa kejayaan kepada pasukan,” tambah Daud lagi.

Dengan kemenangan ini, pasukan MUFC Legend Lahad Datu tidak hanya membawa pulang trofi dan wang tunai, tetapi juga kebanggaan dan inspirasi kepada komuniti bola sepak veteran di Malaysia. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, suspek berjaya ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular