HomePolitikPKR Sabah perkukuh Kerajaan Madani, sokong Kerajaan Negeri sedia ada - Mustapha

PKR Sabah perkukuh Kerajaan Madani, sokong Kerajaan Negeri sedia ada – Mustapha

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: PKR Sabah mahu memperkukuhkan Kerajaan Madani sekali gus menyokong dan memantapkan kerajaan negeri yang sedia ada, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hala tuju parti itu dan ke arah mana parti itu bekerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke -17 Sabah nanti.

“Itu we will talk about it when we cross the bridge, sebab bagi kita yang paling utama ialah untuk memperkukuhkan kerajaan madani buat masa ini.

“Bila bercakap tentang Pilihan Raya Negeri Sabah ini, kita sebahagian daripada kerajaan negeri akan juga memantapkan kerajaan negeri yang sedia ada.

“Semua ADUN-ADUN (Adun PKR) kita akan terus menyokong Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sehingga habis term dan selepas itu kita akan berunding. Masa itulah selepas dibubarkan barulah kita tahu siapa kerjasama strategik kita untuk mendepani PRN ke-17 nanti,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi persekutuan berkata hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjalan dengan baik dan mahu memastikan kerajaan negeri stabil.

“Kita mahu pastikan bahawa kerajaan negeri stabil sebab yang penting adalah rakyat.

“Kita mahu memberi khidmat kepada rakyat. Itulah kenapa kita ambil keputusan PH terutamanya mendokong pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor adalah untuk memastikan bahawa kerajaan di negeri ini stabil.

“Kita tidak mampu lagi bertukar Ketua Menteri setiap dua tahun sama dengan di peringkat pusat juga. Jadi yang penting kestabilan ini.

“Barulah kita nampak rakyat dapat dijaga. Kebajikan mereka dapat dijaga dan kita boleh fokus dengan projek-projek dan juga yang boleh membantu rakyat ini. Jadi itulah pandangan kita,” jelasnya.

Pada sidang media itu, Mustapha turut memaklumkan PKR Sabah akan menganjurkan Program Himpunan Perdana Rakyat Keadilan Sabah pada 4 Ogos 2024, jam 8 pagi hingga 2 petang, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan program tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis Tawau belum terima aduan individu menyamar buat bancian penduduk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular