HomeUtamaRemaja pukul mata buaya, berjaya lepaskan diri

Remaja pukul mata buaya, berjaya lepaskan diri

Read Time:52 Second

TAWAU: Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun berjaya melepaskan diri dan naik ke darat selepas memukul mata seekor buaya yang cuba menyerangnya ketika turun ke sungai di Jeti Tanah Merah, Felda Umas 4 dekat sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa remaja itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan kaki akibat serangan buaya tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi pihak media mengesahkan laporan polis telah diterima mengenai kejadian itu di Balai Polis Kalabakan pada 22 Julai 2024, jam 7.26 petang.

Katanya, dalam kejadian jam lebih kurang 3 petang kelmarin (22 Jul), pengadu berusia 14, bersama bapa saudaranya berumur 18 tahun itu dan seorang kawan turun ke sungai di Jeti Tanah Merah, Felda Umas 4.

“Pada ketika itu, seekor buaya telah menyerang bapa saudara pengadu mengakibatkan kecederaan di beberapa bahagian badan dan kakinya.

“Bapa saudara pengadu telah berjaya melepaskan diri dan naik ke darat dengan memukul mata buaya tersebut,” katanya.

Menurut Jasmin, mangsa kini dirawat di Hospital Tawau.

“Kes dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular