HomeUtamaPACE platform terbaik tarik minat pelajar bergiat dalam aktiviti keusahawanan

PACE platform terbaik tarik minat pelajar bergiat dalam aktiviti keusahawanan

Read Time:1 Minute, 51 Second

Penampang : Penganjuran Program Outreach Pelajar Pusat Pendikan Profesional dan Lanjutan (PACE) merupakan platform terbaik untuk menarik minat pelajar sekolah bergiat aktif dalam aktiviti keusahawanan dan pemasaran produk secara langsung.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, program yang menjurus kepada projek pertandingan keusahawanan sekolah itu merupakan satu usaha untuk memupuk dan melahirkan usahawan di peringkat sekolah menengah. 

“Di samping itu bagi koperasi yang mempunyai produk tetapi menghadapi kesukaran dalam memasarkan produk- produk mereka, maka dengan adanya program keusahawanan seperti ini,  ia dapat jadikan sebagai satu platform untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara lebih meluas. 

“Oleh itu, para pelajar sekolah sekalian boleh bekerjasama dengan koperasi untuk merebut peluang dan membuat jalinan perniagaan ataupun dengan pihak ketiga sama ada usahawan IKS atau agensi kerajaan bagi mengembangkan perniagaan serta dapat mempromosikan produk milik pelajar sekolah melalui koperasi kepada masyarakat seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program PACE Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPNS Muddin Beting.

Program yang di kendalikan l pelajar-pelajar PACE, Kampus Kota Kinabalu itu turut mendapat kerjasama dari JPNS; Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan SMK Limbanak.

Raisin berkata, program itu juga merupakan satu inisiatif pihak PACE UUM Kampus Kota Kinabalu dalam usaha untuk menyemai nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar dengan menggalakkan penciptaan produk baru atau nilai tambah produk.

Di samping itu katanya, ia juga adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar sekolah supaya dapat mengeluarkan produk yang berkualiti dan mempunyai  potensi untuk dipasarkan sama ada di dalam atau luar sekolah. 

“Penglibatan dalam program ini adalah usaha dan kerjasama daripada pihak PACE UUM bersama Koperasi Sekolah iaitu SMK Limbanak Penampang untuk memberi peluang kepada warga sekolah khususnya pelajar memahami struktur Koperasi dan Usahawan sebagai manfaat yang terbaik kepada pelajar sekolah. 

“Hakikatnya penubuhan Koperasi Sekolah juga membantu mendidik pelajar dalam amalan keusahawanan yang bersifat saling membantu melalui perancangan secara kolektif. 

“Matlamat utama lain juga adalah bagi melahirkan barisan pelapis kepimpinan usahawan koperasi yang mempunyai sifat keusahawanan yang tinggi. Saya juga melihat objektif program yang diadakan pada hari ini adalah selari dengan matlamat  penubuhan koperasi di sekolah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

‘The Kopitiam’ jadi tema pada Pameran MATTA tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular