HomeUtamaTH serah dua unit rumah program MyHAUS

TH serah dua unit rumah program MyHAUS

Read Time:1 Minute, 22 Second

Papar : Lembaga Tabung Haji (TH) melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyerahkan dua unit rumah Program MyHAUS (Harta Anda Untuk Semua).

Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad berkata, sumbangan itu adalah bertujuan untuk mengurangkan beban serta memberi rumah yang lebih selesa kepada golongan asnaf yang terpilih.

“Pada kali ini, kita ada dua program untuk menyantuni dan melihat sendiri rumah yang dilaksanakan oleh JAWHAR menerusi dana oleh TH. Bagi pihak MUIS, saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada Tabung Haji dan JAWHAR yang banyak membantu asnaf di Sabah.

“Kita mengharapkan program seumpama ini akan dapat terus dilaksanakan pada tahun akan datang untuk membantu sekaligus mengeluarkan mereka dari senarai asnaf. Kita perlukan rumah dan daripada rumah itu dapat memberikan keselesaan kepada mereka untuk belajar dan mencari nafkah kehidupan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi penyerahan rumah MyHAUS sumbangan TH di Kampung Suok Dambai, Papar, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah JAWHAR, Datuk Selamat Paigo mempelawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi sumbangan bagi membantu golongan asnaf.

“Buat masa ini, tiada sasaran khusus untuk setiap negeri kerana kita bergantung kepada pihak yang sudi untuk memberikan sumbangan kepada asnaf.

“Oleh itu, mana-mana pihak GLC di Sabah yang ingin membuat sumbangan boleh mengadakan perbincangan terus dengan pihak MUIS agar bantuan dapat disampaikan dengan lebih teratur,”katanya.

Beliau ditemui dalam program yang sama di Kampung Batangan, Tuaran.

Dalam sesi penyerahan itu, Raisha Maisara Isau dari Kampung Batangan Tuaran dan Ritchie Natchel Philip @ Mohd Danial Abdullah dari Kampung Suok Dambai, Papar masing-masing menerima satu unit rumah MyHAUS bernilai RM88,000.

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular