HomeUtama10 individu termasuk dua pengurus bank didakwa hari ini

10 individu termasuk dua pengurus bank didakwa hari ini

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Seramai 10 individu termasuk dua pengurus bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam kesalahan serius bagi faedah material sekitar 25 April 2024 hingga 10 Julai 2024.

Setiap tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Prosiding pertuduhan terhadap setiap tertuduh dibaca di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh semua tertuduh.

Menurut kertas pertuduhan di antara 25 April 2024 hingga 10 Julai 2024, bertempat di cawangan MBSB dalam Daerah Kota Kinabalu, kesemua tertuduh telah didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam kesalahan serius bagi faedah material kumpulan yang diketuai oleh Josepin J.Langkan.

Sepuluh individu yang didakwa di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan iaitu Josepin J. Langkan, 38, Christina @ Caroline Pianus, 53, Mazlani Jenuary, 53, Hasran Magin, 46, Leong Hin Ping, 62, Subramaniam a/l Thangavelu, 56, Sugumaran a/l K. Ponniah @ Mohd Daniel Abdullah, 56, Vireonis Jonok, 35, Iren Chin Nyuk Thien, 38, dan Nasir Abdul Rashid,60.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail dan Maryam Jamielah Ab Manaff.

Teruduh Josepin J. Langkan, Vireonis Jonok diwakili peguam Hairul V Othman & Luke Ressa Balang, tertuduh Nasir Abdul Rashid, Sugumaran a/l K. Ponniah @ Mohd Daniel Abdullah dan Leong Hin Ping diwakili peguam Dominic Chew, tertuduh Mazlani Jenuary diwakili peguam Datuk Marzuki, tertuduh Iren Chin Nyuk Thien diwakili peguam Mohd Al Hafidz bin Mohd Lokman & Mohd Luqman Syazwan bin Zabidi, tertuduh Subramaniam a/l Thangavelu diwakili Datuk Ram Singh manakala seorang lagi tertuduh Hasran Magin tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 13 September 2024 dan semua tertuduh ditawarkan jaminan.

Kesemua individu yang didakwa hari ini dipercayai terlibat dengan sindiket melesapkan wang akaun simpanan tetap milik pelanggan berjumlah RM24.2 juta pada awal Jun lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular