HomeIsu tempatanCI UMS, KTYS Meterai kolaborasi aktiviti akademik dan perundingan

CI UMS, KTYS Meterai kolaborasi aktiviti akademik dan perundingan

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu :  Confucius Institute (CI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhasrat untuk mengadakan kolaborasi bersama Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) bagi kerjasama dalam aktiviti akademik dan perundingan sebagai menyokong pertumbuhan industri pelancongan di Sabah yang menerima jumlah kemasukan pelancong dari China yang tinggi. 

Hasrat kolaborasi tersebut dimeterai dalam satu acara menandatangani Surat Hasrat (LoI) antara CI UMS dan KTYS di kampus induk KTYS baru-baru ini. 

UMS diwakili oleh Pengarah CI UMS (Malaysia), Prof. Ts. Dr Chong Khim Phin menandatangani LoI tersebut, manakala KTYS diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Tah Nia Jaman.

Chong dalam satu kenyataan berkata, menerusi LoI itu, CI@UMS akan menyediakan latihan bahasa Mandarin kepada pelajar KTYS yang merupakan pemandu pelancong dan terlibat dalam industri pelancongan.

“Latihan itu juga akan menggabungkan pendidikan budaya Cina dan sejarah Cina tempatan di Sabah untuk meningkatkan pemahaman dan komunikasi yang lebih baik dalam kalangan pelajar KTYS selepas tamat kursus mereka kelak. 

“Dengan peningkatan jumlah pelancong Cina di Sabah, pembelajaran bahasa Mandarin yang turut mendapat sokongan dana daripada Jabatan Perdana Menteri akan membolehkan CI@UMS dan KTYS melatih lebih ramai penduduk tempatan untuk bertutur dalam bahasa Mandarin yang lebih baik dan meningkatkan peluang pekerjaan mereka dalam industri ini,” katanya. 

Beliau turut memaklumkan, melalui pemeteraian LoI tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalankan program berkaitan seperti bengkel atau aktiviti kemasyarakatan bersama.

“Latihan bahasa Mandarin yang pertama akan bermula dalam bulan Julai ini untuk tempoh tiga bulan.

“Justeru, sekalung penghargaan diberikan kepada pengurusan KTYS atas kepercayaan dan keyakinan mereka kepada CI@UMS dalam kerjasama ini,” katanya. 

Katakya, persediaan dalam pengajaran bahasa Mandarin yang berkualiti dan berkesan sentiasa menjadi antara keutamaan CI UMS sejak penubuhannya.

Turut hadir pada acara tersebut Pengarah CI UMS (China). Prof. Madya Dr. Huang Yue Hua. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular