Oleh Wan Azrain Adnan
1. Pada akhir Jun 2024, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan keputusan tawaran kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk lepasan SPM 2023, meliputi Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
2. Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), daripada 214,173 permohonan yang layak di terima menerusi UPUOnline, seramai 159,027 calon telah di berikan tawaran kemasukan ke IPT.
Ini bermakna seramai 74.3% calon telah berjaya menerima tawaran ke IPT.
3. Berdasarkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tersebut:
majoriti calon di tawarkan kemasukan ke Universiti Awam, iaitu hampir 53%
lebih 25% calon telah di tawarkan kemasukan ke Politeknik
lebih 15% calon telah di tawarkan kemasukan ke Kolej Komuniti.
4. Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) lagi, tawaran berkenaan merangkumi 504 program pengajian:4. Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) lagi, tawaran berkenaan merangkumi 504 program pengajian:
5. Pengumuman KPT tersebut tidak pula menyatakan pecahan calon mengikut program pengajian. Namun begitu, memandangkan program diploma merangkumi hampir 70% daripada keseluruhan program pengajian yang di tawarkan, tidak mengejutkan sekiranya majoriti calon telah di tawarkan untuk menyertai program diploma.
6. Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 373,525 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2023. Ini bermakna, daripada 373,525 calon SPM 2023 berkenaan:
seramai 214,173 calon (57.3%) telah membuat permohonan UPUOnline, manakala 159,352 calon (42.7%) tidak membuat permohonan UPUOnline
hanya 159,027 calon (42.6%) telah di berikan tawaran kemasukan ke IPT
7. Maka, antara persoalan utama ialah:
ke manakah 159,352 lepasan SPM 2023 yang tidak membuat permohonan UPUOnline?
ke manakah 55,146 lepasan SPM 2023 yang memohon UPUOnline tetapi gagal mendapat tawaran ke IPT?
8. Sudah pasti ramai yang tidak memohon UPUOnline kerana berhasrat untuk melanjutkan pengajian di IPT swasta di dalam negara, ataupun melanjutkan pengajian di luar negara. Mungkin ramai di antara mereka adalah ‘top scorer’ di dalam peperiksaan SPM.
9. Sudah pasti juga ramai yang tidak memohon UPUOnline kerana tidak memiliki keputusan SPM yang memenuhi kriteria minimum yang telah di tetapkan.
10. Sebagai contoh. Menurut laman sesawang Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), antara mata pelajaran yang di ambil kira untuk kemasukan ke Politeknik ialah Matematik.
11. Demikian juga, syarat untuk menyertai Program Asasi di Universiti Awam (UA) mengkehendaki sekurang-kurangnya gred C untuk Matematik.
12. Namun begitu, majoriti calon (52.1%) telah mendapat keputusan yang lemah bagi mata pelajaran Matematik untuk SPM 2023, dengan mencapai gred D, E dan G. Malah, hampir 25% calon telah mendapat gred GAGAL!
13. Justeru itu, dengan keputusan SPM yang lemah dan kegagalan untuk mendapat tawaran ke IPT, sudah pasti ramai lepasan SPM 2023 tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Dan ramai di antara mereka akan terus menyertai alam pekerjaan.
14. Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Menteri Pendidikan Malaysia pernah memaklumkan bahawa ratusan ribu lepasan SPM telah tidak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi:
15. Dengan begitu ramai lepasan SPM yang terus memasuki alam pekerjaan, usaha Kerajaan untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran pekerja menjadi semakin sukar serta mencabar. Seterusnya, situasi ini merencatkan agenda negara untuk mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi.
16. Ketika ini, ramai pekerja masih memiliki tahap pendidikan dan kemahiran yang sangat rendah. Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), lebih 65% (10.52 juta orang) penduduk Malaysia yang bekerja memiliki pendidikan rendah dan menengah sahaja.
17. Pada masa yang sama, lebih 70% (11.58 juta orang) penduduk Malaysia yang bekerja merupakan pekerja separuh mahir dan berkemahiran rendah.
18. Menurut pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkenaan, lebih 25,000 calon lepasan SPM 2023 telah di tawarkan untuk melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti. Ini dapat memberi peluang kepada lepasan SPM yang tidak memiliki keputusan SPM yang baik untuk mendapat kemahiran yang sesuai sebelum menyertai alam pekerjaan. Ini juga memberi peluang kepada lepasan SPM berkenaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas mendapat kelulusan dari Kolej Komuniti.
19. Fakta menarik: Kolej Komuniti merupakan IPT yang terbanyak di Malaysia, di mana ianya di tubuhkan di seluruh pelosok negara agar dapat mendekati rakyat yang berminat untuk mendapat latihan dan kemahiran yang sesuai.
20. Secara ringkasnya, Kolej Komuniti lebih fokus kepada penyediaan pelbagai kursus peringkat sijil, yang meliputi 9 bidang pengajian utama:
21. Justeru itu, Kerajaan Malaysia wajar memperkasa Kolej Komuniti agar menjadi pilihan rakyat Malaysia mendapatkan latihan serta kemahiran. Kolej Komuniti harus terus bersifat inklusif dengan memberi peluang kepada semua lapisan rakyat, seumpama memberi ‘peluang kedua’ kepada kelompok rakyat yang tidak memiliki keputusan akademik yang baik.
22. Tambahan lagi, dengan bilangan yang banyak dan lokasi operasi di seluruh negara, Kolej Komuniti amat sesuai sebagai platform utama pembelajaran sepanjang hayat/ life-long learning untuk rakyat Malaysia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.