HomeSukanLiga Super : Sabah FC mahu catat kemenangan di laman sendiri

Liga Super : Sabah FC mahu catat kemenangan di laman sendiri

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC mahu mencatat kemenangan dalam aksi Liga Super bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) yang akan berlangsung di Stadium Likas malam ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau menyedari NSFC adalah lawan berbahaya kerana memiliki barisan pemain yang bagus namun pihaknya akan berjuang untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Katanya, pihaknya perlu mendapatkan keputusan positif selepas tewas dua perlawanan di laman sendiri sekali gus memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan pada malam ini.

“Kita tewas kepada pasukan Terengganu FC dan harus melupakan bab Piala FA. Tempoh hari juga Sabah FC tewas kepada JDT, jadi kita akan fokus memberi tumpuan semula kepada perlawanan Liga Super.

“Perlawanan menentang NSFC sangat penting untuk kita menambah keyakinan serta memastikan Sabah FC tidak lagi akan kehilangan mata sekali gus memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super,” katanya dalam kenyatan di sini.

Kim Swee berkata, berdasarkan kepada prestasi semasa Sabah FC dijangka akan mencapai keputusan cukup positif pada perlawanan menentang NSFC pada malam ini.

“Beraksi di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada Sabah FC pada perlawanan malam esok (malam ini).

“Seboleh-bolehnya kita ingin memperoleh tiga mata berharga pada perlawanan esok. Kita sudah bersiap sedia dari segi taktikal, mental serta meningkatkan keupayaan pemain untuk memberikan komitmen tinggi untuk mencapai keputusan positif,” katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai barisan pemain pada malam ini, beliau bekata, ketika ini kelihatan beberapa pemain muda Sabah FC II menyertai beberapa sesi latihan bersama skuad senior.

“Kita memberikan mereka peluang untuk menimba pengalaman, ini merupakan pemain Sabah FC II yang tidak bersama di Kuala Lumpur, mereka mengikuti latihan untuk mencari keserasaian dalam kalangan pemain sedia ada.

“Pada masa yang sama beberapa pemain daripada Liga Super diturunkan ke pasukan Sabah FC II jadi mereka berpeluang bersama-sama menyertai sesi latihan. 

“Kita ingin membuat penilaian dahulu, sebelum menentukan sama ada mereka ini akan diberikan peluang atau sebaliknya untuk beraksi pada malam esok,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Liga Super 2024 : Kim Swee belum puas hati pada bahagian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular