HomeUtamaRemaja maut, seorang cedera terlibat kes kemalangan babit dua motosikal

Remaja maut, seorang cedera terlibat kes kemalangan babit dua motosikal

Read Time:1 Minute, 16 Second

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan selepas terlibat dengan kemalangan membabitkan dua buah motosikal yang ditunggang masing-masing di Jalan Papar Lama, Putatan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton mengesahkan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang ada menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada jam 5.10 awal pagi tadi (25 Julai).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kedua-dua motosikal tersebut datang dari arah Penampang menuju ke Papar melalui Jalan Papar Lama dan berlaku kemalangan ketika melalui lokasi kejadian.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal pertama seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun telah dijumpai di dalam lubang takungan air pembahagi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala penunggang motosikal kedua seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun mengalami cedera bahagian mata, muka dan tangan. mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular