HomeUtamaRM63.3 juta diperuntukkan kepada 26 PBT di Sabah

RM63.3 juta diperuntukkan kepada 26 PBT di Sabah

Read Time:1 Minute, 21 Second

Putatan : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM63.3 juta kepada semua 26 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah bagi tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu adalah untuk pelaksanaan projek BP1 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) meliputi skop projek infrastruktur, kemudahan awam, sosioekonomi dan keselamatan demi kesejahteraan penduduk setempat.

“Selain itu, di bawah peruntukan Inisiatif Belanjawan 2024 oleh Kementerian Kewangan, sebanyak RM14.1 juta juga diperuntukkan untuk semua PBT di Sabah yang membabitkan projek menaik taraf sistem perparitan dan pasar awam serta menyelenggara kolam takungan.

“Bagi tahun 2024, KPKT turut memfokuskan kepada projek menaik taraf tandas awam, pasar awam yang uzur, gerai MADANI dan juga membina kiosk perniagaan baharu,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Tapak Tamu Daerah Putatan, di sini, hari ini.

Program itu adalah bersempena jelajah Sentuhan Kasih KPKT di Sabah yang bermula hari ini hingga esok.

Hadir dama Timbalan Ketua Menteri Sabah II yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Timbalan Ketua Menteri Sabah IaiI yang juga Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Kor Ming berkata, selain itu, PBT di Sabah turut menerima RM85.32 juta bagi bantuan peruntukan mengurus pada tahun lalu melalui Pemberian Geran Tahunan termasuk untuk membayar bil elektrik bagi lampu jalan dan lampu isyarat.

Terdahulu, beliau menyempurnakan penyerahan bangunan tapak pasar tamu baharu Putatan kepada Majlis Daerah Putatan (MDPTn) yang disiapkan dalam tempoh tiga tahun dengan kos RM10 juta.

Kemudahan itu dilengkapi sebanyak 239 lot gerai yang lebih selesa dan mesra kepada peniaga serta pengguna bagi kemudahan aktiviti perniagaan dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat. – SABAH MEDIA / FOTO KPKT

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular