HomeSukanCadangan acara sukan sesuai dipertandingkan di Sabah sudah dikemukakan - Ellron

Cadangan acara sukan sesuai dipertandingkan di Sabah sudah dikemukakan – Ellron

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Sabah telah menghantar beberapa cadangan acara sukan yang sesuai untuk dipertandingkan di negeri ini bagi menjayakan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2027 nanti.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, Sabah sebelum ini telah dipelawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Persekutuan melalui  Majlis Sukan Negara (MSN) untuk turut serta menjayakan temasya berkenaan.

“Kita (Sabah) sudah dipelawa KBS Persekutuan melalui MSN dan kita juga telah menghantar beberapa cadangan kita, tetapi kita perlu berbincang dengan Kerajaan negeri.

“Kita nampak dia cerah sebab penganjur bersama itu walaupun di Malaysia tapi sebilangan besar daripada sukan akan berlangsung di Sarawak, ia termasuklah cadangan perasmian pembukaan rasmi itu sendiri pada 2027.

“Cadangan-cadangan acara sukan juga telah kita hantar tetapi kita belum mendapat jawapan daripada KBS dan juga MSN persekutuan. Kita perlu jadi penganjur bersama Sukan SEA kerana ia bagus untuk negeri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman penyertaan Kontinjen Sabah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak di sini semalam.

Sebelum ini Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, Sabah menjadi negeri terbaharu memberi maklum balas kepada MSN berhubung pelawaan untuk turut serta menjayakan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2027 nanti.

Katanya, setakat ini sudah ada tiga negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang yang memberikan respons, manakala beberapa negeri belum memberikan kata putus. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027: Hannah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular