HomeUtamaJBPM terus perkasa PBS, bomba komuniti di Sabah

JBPM terus perkasa PBS, bomba komuniti di Sabah

Read Time:1 Minute, 43 Second

Putatan : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan terus memperkasa Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Bomba Komuniti di seluruh Sabah.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, ia merupakan salah satu pendekatan dan kaedah bagi membantu menangani isu-isu semasa yang dihadapi pada masa kini.

Katanya, sehingga kini Sabah mempunyai sebanyak 46 PBS dengan keanggotan yang berdaftar seramai 914 orang dan 199 pasukan Bomba Komuniti dengan keanggotaan yang berdaftar keahlian seramai 2,793. 

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad

“Justeru, kekuatan keanggotaan mereka ini perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi membantu Jabatan dalam operasi-operasi kebombaan serta tindakan pencegahan awal dapat diambil dalam sesuatu insiden terutamanya di peringkat komuniti setempat.

“Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negera telah mensasarkan sebanyak 500 penubuhan PBS secara keseluruhan sehingga 2030 untuk seluruh negara, bagi negeri Sabah, jabatan mensasarkan sebanyak 70 penubuhan PBS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga kor Ming dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Nor Hisham berkata, pihaknya yakin dengan adanya sinergi antara JBPM bersama pemimpin tempatan dan komuniti setempat, jumlah itu akan dapat dicapai bersama.

“Saya juga menyeru semua pihak untuk sama mengambil ikhtiar bagi mencapai jumlah itu agar ianya seia dan sekata dengan penubuhannya digerakkan oleh rakyat negeri Sabah, diaktifkan oleh rakyat dan pemimpin Sabah dan pastinya manis dan kebaikannya juga dihirup oleh rakyat Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, JBPM juga akan terus mengambil pendekatan strategik dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan, ketersediaan dan kebolehcapaian khidmat kebombaan dan penyelamatan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat di seluruh negara.   

“Justeru itu, projek pembinaan BBP ini merupakan langkah utama Kerajaan dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan bukan sahaja bagi Daerah Putatan tetapi limpahannya juga kepada Daerah Penampang, Kota Kinabalu dan Papar.

“Untuk makluman bersama, BBP Putatan merupakan balai ke 27 di Negeri Sabah dan balai bomba ke 340 bagi Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular