HomePolitikPKR Sabah mahu rundingan agihan kerusi dilaksanakan secara pakej

PKR Sabah mahu rundingan agihan kerusi dilaksanakan secara pakej

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mahu agihan kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang perlu dilaksanakan secara pakej.

Ketua PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata, pendekatan itu adalah merangkumi semua aspek perkongsian kuasa termasuk agihan jawatan lain dalam kerajaan.

Katanya, ia seperti pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ahli lembaga pengarah dan jawatan di peringkat akar umbi.

Pada masa ini PKR Sabah melalui Pakatan Harapan (PH) negeri menjalin kerjasama sedia ada bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kali ini saya akan sebut juga nanti, saya tidak mahu hanya berkisar setakat kerusi saja, kita kena bincang ‘detail’ tentang jawatan pengerusi GLC, ‘board members’ dan juga hingga ke berapa peratus yang kita perlu dapat di peringkat jawatan akar umbi.

“Maknanya rundingan kerusi kali ini akan dibuat secara pakej. Saya tidak mahu kita berulang lagi seperti dulu hanya setakat bincang kerusi saja. Masing-masing bila sudah menang lupa kita punya penyokong di bawah yang memenangkan kita dan juga membantu memenangkan calon yang kita persetujui bersama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 POLYCC Zon Sabah di sini, hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar meminta agar rakan seperjuangan dari parti lain dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai status hubungan kerjasama GRS-PH, Mustapha berkata, setakat ini hubungan tersebut berada dalam keadaan yang baik.

“Cuma mungkin yang penting ialah proses rundingan tentang kerusi. Kami di peringkat PH, PKR khusus, kita mahu supaya bilangan kerusi kita ditambah dan kita akan usulkan berapa kerusi yang kita fikir kita ada kekuatan dan boleh menang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Politik

Pemuda Gagasan Rakyat sedia hadapi PRN-17

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular