HomeSukanSabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC perlu mendapatkan seorang penyerang baharu bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan Ramon Machado bagi mengatasi kelemahan pada bahagian serangan yang kini dilihat agak tumpul.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, selain ketiadaan Ramon, kecederaan yang dialami beberapa tonggak lain juga menyukarkan jentera serangan skuad Badak.

Katanya, keperluan bagi mendapatkan penyerang baharu itu adalah bagi memastikan Sabah dapat mengekalkan prestasi sehingga ke penghujung musim.

“Kita kehilangan Ramon dan pada masa sama dua pemain utama kita mengalami kecederaan, Saddil Ramdani dan Darren Lok, ini sudah tentu menyukarkan sedikit dari segi penyudah.

“Jadi, saya harap pada musim perpindahan nanti kita mampu melakukan sesuatu, kita inginkan penyerang yang boleh membantu untuk memastikan kita berada pada tahap cukup baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Likas, malam tadi.

Tanpa kehadiran Saddil Ramdani dan Darren Lok pada aksi perlawanan itu  dilihat agak goyang berikutan ketiadaan serangan dan cubaan berbisa seperti yang biasa dilakukan skuad Badak ketika dua tonggak itu beraksi.

Pada perlawanan itu, Sabah berjaya menepati misi untuk memenangi perlawanan di laman sendiri dengan jaringan 2-0 selepas tewas dua kali berturut-turut di Stadium Likas sebelum ini.

Sementara itu, Kim Swee berkata pasukan perlu melihat ke depan berikutan masih banyak lagi perlawanan Liga Super pada musim ini yang perlu ditempuhi.

Beliau turut pemain lain yang diturunkan untuk menggalas tugas serangan pasukan agar dapat memperbaiki aspek penyudah untuk mencipta jaringan.

“Dua tiga pemain yang diturunkan seperti Muhammad Jafri Chew, Harith Naem Jaineh, S Kumaahran dan Muhammad Farhan Roslan harus membuktikan bahawa mereka bukan saja bermain dengan baik tetapi mereka juga perlu memastikan dapat memperbaiki penyudah,” katanya.

Sabah tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini, masing-masing dua di laman sendiri ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super dan Terengganu FC dalam suku akhir kedua Piala FA, manakala satu lagi kekalahan ialah ketika aksi suku akhir pertama Piala FA di Kuala Terengganu.

Sabah akan bertemu Kuala Lumpur FC (KLFC) di Stadium Bola  Kuala Lumpur pada 31 Julai ini dan kini menduduki ditangga kedua liga dengan mengutip 10 mata. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular