HomeUtamaSelawat, Marhaban dan Kompang akan diperkukuh agar jadi pilihan generasi muda

Selawat, Marhaban dan Kompang akan diperkukuh agar jadi pilihan generasi muda

Read Time:1 Minute, 46 Second

Membakut :   Budaya berselawat, marhaban dan kompang akan terus diperkukuh dan dikembangkan lagi agar ia menjadi pilihan kepada generasi muda pada masa kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha penyatuan kumpulan-kumpulan selawat, marhaban dan berzanji akan digerakkan bagi menarik minat golongan muda menyertai aktiviti berkenaan.

“Kita akan kembangkan budaya kita iaitu selawat, marhaban dan berzanji, kita akan kukuhkan kerana setiap masjid ada kumpulan kompang, kumpulan marhaban dan selawat tetapi kita belum ada penyatuannya.

“Oleh itu, kita akan satukan untuk mereka bertukar fikiran, bersilaturrahim dan kita akan undang tokoh-tokoh yg terkenal dalam bidang selawat, marhaban serta kompang untuk mengembangkan bakat yang ada dalam kalangan masyarakat di kawasan ini khususnya generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Membakut di Masjid Kg Mawao di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, generasi muda kini dilihat semakin meninggalkan budaya ini dan ianya akan dijadikan sebagai pilihan bagi generasi muda.

Acara yang diadakan secara bergilir dengan kawasan DUN Bongawan itu dihadiri lebih 400 jemaah yang turut serta dalam majlis tadarus dan khatam Al-Quran, di samping penyampaian Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1446H kepada Allahyarham Ramli Daud yang diwakili anak saudaranya, Imam Sidek Muslim.

Pada majlis itu juga, penyampaian sumbangan khas RM5,000 bagi pengimarahan dan utiliti Masjid Nurul Karim Kg Mawao dan sumbangan Kelas KAFA RM2,000 yang disampaikan oleh Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Omar Raisul As Salam Syah Sulaiman Omar.

Arifin berkata, program tadarus dan khatam Al-Quran diadakan secara rutin setiap tiga bulan di kawasan terbabit sejak dua tahun lalu sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar.

“Kita jadikan amalan setiap kali program kebesaran Islam kita anjurkan dahulukan dengan tadarus dan khatam Al-Quran. 

“Kalau tiada program pun setiap tiga bulan kita akan adakan kerana bagi kita tadarus dan khatam ini bukan sahaja pada bulan Ramadan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga memaklumkan pihaknya juga merancang untuk melaksanakan program berskala besar dengan membawakan tokoh agamawan terkenal, Ustaz Abdul Somad ke Membakut, September depan.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular