HomeUtamaWanita USIA Tawau giat budayakan amalan selawat fatih

Wanita USIA Tawau giat budayakan amalan selawat fatih

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Pimpinan Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tawau giat melaksanakan aktiviti pengajian dan pembudayaan selawat khususnya Selawat Fatih dalam kalangan masyarakat.

Ketua Wanita USIA Bahagian Tawau, Aisyah OKK Zainal berkata, sebagai usaha dakwah, pihaknya berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti antaranya Jelajah Selawat Siri Kedua yang berlangsung pada 15 sehingga 20 lalu.

“Jelajah tersebut adalah bagi berkongsi fadilat selawat seperti Selawat Fatih dan melibatkan sembilan lokasi di seluruh Sabah.

“Fadilat daripada Selawat Fatih sama dengan fadilat Sayyidul Istighfar, penghulu segala istighfar sebab itu kita berani berkongsi kerana mendapat gazet daripada Mufti Negeri Sabah sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Aisyah berkata, Jelajah Selawat Siri Kedua disertai 48 ahli USIA berbanding 20 peserta pada siri pertama jelajah dua tahun lepas.

“Jelajah kali ini merentasi Tawau, Kota Kinabalu, terus ke Miri kemudian Brunei Darussalam di mana kita berpeluang singgah ke Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Bandar Seri Begawan sebelum ke Sipitang dan keluar di Labuan, Beaufort, Kuala Penyu, Membakut dan akhirnya Kota Kinabalu.

“Siri pertama kita lakukan dua tahun lalu di daerah Kudat, Kota Belud, Kota Marudu, Tuaran dan Kota Kinabalu,” ujarnya.

Wanita USIA Tawau mempunyai 700 ahli wanita daripada keseluruhan kira-kira 1,300 anggota USIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular