HomeSukanKejohanan akuatik mampu kembangkan potensi dan minat pelajar sekolah

Kejohanan akuatik mampu kembangkan potensi dan minat pelajar sekolah

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) peringkat negeri dilihat mampu mengembangkan potensi dan minat pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmoni.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan itu juga mampu membolehkan pelajar seimbang dalam emosi.

“Kejohanan ini tidak sekadar menguji kemahiran atlet-atlet kita tetapi juga memperkukuh semangat kesukanan dan daya saing yang sihat.

“Ia adalah platform untuk menunjukkan kecekalan, kecekapan teknikal dan kekuatan fizikal,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Akuatik MSS Sabah di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu di sini baru-baru ini.

Arif berkata, penganjuran kejohnan itu juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum.

Katanya, ia juga dapat mengukuhkan lagi perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar dalam gerak kerja yang diceburi.

“Kita juga dapat melihat kejohanan ini mampu melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum selain melahirkan pelajar yang berkeyakinan untuk berjaya dengan lebih cemerlang,” katanya.

Kejohanan itu dianjurkan setiap tahun dan penyertaan adalah dari kalangan murid-murid sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular