HomeUtamaMini LRA Bersepadu (Solar-IoT): Penduduk Kg Lok Dangkaan nikmati bekalan air...

Mini LRA Bersepadu (Solar-IoT): Penduduk Kg Lok Dangkaan nikmati bekalan air bersih

Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PITAS: Lebih 200 penduduk Kampung Lok Dangkaan kini dapat menikmati bekalan air bersih selepas Mini Loji Rawatan Air Bersepadu (Solar-IoT) di kampung itu siap sepenuhnya beberapa bulan yang lalu.

Projek pembinaan Loji Rawatan Air yang disiapkan dalam jangka masa setahun itu menelan kos perbelanjaan lebih RM290,000 adalah inisiatif bersama Kerajaan Negeri, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Laksana dan Yayasan Nur Jauhar.

Acara perasmian loji tersebut disempurnakan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dengan menandatangani plak di loji itu sebagai gimik perasmian di Kg Lok Dangkaan di sini, hari ini.

Menteri KSTI Datuk Mohd Arifin diiringi Prof Datuk Dr Kasim (left) melawat Mini Loji Rawatan Air Bersepadu (Solar-IoT) di Kg Lok Dangkaan di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada agensi yang terlibat dalam merealisasikan impian penduduk Kg Lok Dangkaan yang telah sekian lama menanti kemudahan bekalan air itu.

“Terima kasih kepada UMS, PBNS, Laksana dan Yayasan Nur Jauhar dalam usaha ini.

“Alhamdulillah… 50 ketua isi rumah (KIR) menerima manfaat di mana usaha ini kita ucapkan syabas dan tahniah kepada yang terlibat kerana membantu mereka yang memerlukan.

“Usaha ini kita akan teruskan dan kita akan memohon bantuan daripada UMS dari segi kepakaran dan memang mereka mempunyai kepakaran, semua ini dilaksanakan oleh mereka (UMS) dengan kepakaran yang ada.

“Mudah-mudahan di kawasan yang lain juga akan dapat kita bantu dengan dokongan daripada PBNS dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di bawah Bahagian Zakat dan Fitrah mana-mana yang dapat dibantu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian loji berkenaan.

Hadir sama Pembantu Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap ADUN Pitas, Datuk Ruddy Awah, Pembantu KSTI merangkap ADUN Bengkoka, Datuk Harun Durabi dan Naib Canselor, UMS, Professor Datuk Dr. Kasim Mansor.

Selain itu, acara turut diserikan dengan penyampaian Bakul Makanan disumbangkan daripada Bahagian Zakat dan Fitrah (MUIS) kepada 50 KIR Kg Lok Dangkaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kepelbagaian budaya harus diraikan bersama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular