HomeSukanSUKMA 2024 : Pasukan e-Sports Sabah sasar bawa pulang satu pingat emas

SUKMA 2024 : Pasukan e-Sports Sabah sasar bawa pulang satu pingat emas

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Sukan Elektronik (e-Sports) Sabah yang akan mewakili negeri ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak bulan depan menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas.

Pengurus e-Sports SUKMA Sabah Mohd Sofi Hizar Usrah berkata, pasukan yang diwakili 12 pemain itu merupakan yang pertama kali dalam sejarah menyertai temasya itu di Kuching yang akan bermula 17 Ogos ini.

“Pada hari ini kita melancarkan pasukan e-Sports yang akan mewakili Sabah ke SUKMA di Kuching Sarawak buat pertama kalinya bagi edisi kali ini.

Pengurus e-Sports SUKMA Sabah Mohd Sofi Hizar Usrah

“Seramai 26 atlet dan pegawai akan terlibat pada temasya kali ini yang mana seramai 12 pemain akan menggalas tugas untuk membawa balik pingat untuk Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kontinjen e-Sports Sabah ke SUKMA Sarawak 2024 di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Persatuan Sukan Elektronik Sabah Chucky Cheoh.

Sofi Hizar berkata, atlet yang mewakili Sabah itu akan bertanding dalam beberapa acara antaranya Mobile Legend Bang Bang; Tekken 8; e-Foot dan e-Racing.

“Selain satu pingat emas, kita juga menyasarkan untuk membawa pulang tiga perak dan dua gangsa menjadikan keseluruhan tujuh pingat termasuk emas.

“Dari segi latihan, kita telah menjalankan pelbagai latihan insentif dengan jurulatih dan pengurus berpengalaman. Kita harap Sabah akan dapat mengukir kejayaan di SUKMA pada tahun ini, ” katanya. 

Sementara itu, salah seorang atlet bagi acara Mobile Legends Mohammad Irwandy Lim,20, mengakui tidak gentar untuk mewakili Sabah ke SUKMA Ogos ini.

Katanya yang pernah mewakili Malaysia ke Sukan Sea di Kemboja pada 2023 itu sebelum ini juga pernah menyertai beberapa ‘Tournament’ besar dalam acara e-Sports.

Mohammad Irwandy Lim

“Sejujurnya dari saya, benda ini tidak juga tekanan sebab sebelum ini kami sudah pernah bermain di Tournament lebih besar diluar sana. Jadi bagi pendapat saya sendiri, saya main kurang tekanan.

“Persiapan kami buat masa ini bagi saya masi kurang lagi jadi nanti dalam seminggu sebelum SUKMA bermula, kami akan betul-betul ‘All-Out’ untuk memberilan prestasi yang baik semasa bermain di SUKMA nanti,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular