HomeIsu tempatan25 peserta berbasikal sambil memelihara kebersihan sekitar

25 peserta berbasikal sambil memelihara kebersihan sekitar

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Seramai 25 peserta berganding bahu menjayakan acara ‘Love KK City Bike, Free Ride Tour – Lets Cycle and Keep Our City Clean’ di sini semalam.

Program anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan SIDMA College itu adalah bertujuan mempromosi kempen penjagaan alam sekitar, menerusi amalan gaya hidup sihat dengan berbasikal sambil memelihara kebersihan persekitaran.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, program itu menyaksikan para peserta berbasikal ke lokasi-lokasi terpilih di sekitar pusat bandar dan mengutip sampah yang ditemui.

Peserta mula berbasikal pada 3.30 petang di perkarangan DBKK, menuju ke Lorong Sentosa, Segama Waterfront, Pillars of Sabah, Sabah Tourism Board sebelum kembali semula ke foyer DBKK.

Program ini merupakan penganjuran kali ketiga untuk tahun ini.

Terdahulu, DBKK telah menganjurkan program seumpama dengan kerjasama Management Science University (MSU) dan University College Sabah Foundation (UCSF), pada 02 Mac dan 25 Mei lalu.

“Semoga jalinan kerjasama DBKK bersama institusi pendidikan tinggi dalam menjaga kebersihan dan kelestarian bandar raya Kota Kinabalu akan diteruskan di masa akan datang,” menurut DBKK. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular