HomeIsu tempatanCubaan seludup keluar ikan bilis ke negara jiran gagal

Cubaan seludup keluar ikan bilis ke negara jiran gagal

Read Time:1 Minute, 9 Second

Sandakan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup keluar 2,400 kilogram ikan bilis kering ke negara jiran di perairan Sandakan, Khamis lalu.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, dalam operasi yang dijalankan berjaya mengesan sebuah vesel dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 1.5 batu nautika utara Pulau Berhala pada pukul 9.40 pagi hari tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati vesel dengan enjin sangkut 40 dan 30 kuasa kuda itu didaftarkan atas lesen perikanan manakala tekong lelaki berumur 57 tahun adalah pemegang kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR).

“Pemeriksaan lanjut ke dalam vesel seterusnya menemui 30 guni berisi ikan bilis kering dengan anggaran berat 2,400 kilogram dipercayai untuk diseludup keluar ke Pulau Taganak, Filipina.

“Nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan vesel dianggarkan berjumlah lebih RM29,000,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Suhairy berkata, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup keluar ikan bilis tanpa kebenaran dan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara, boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau hubungi talian kecemasan NG999 untuk tindakan segera,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Aura Ustaz Abdul Somad tarik perhatian 10,000 umat Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular