HomeUtamaKKR lulus peruntukan RM130 juta senggara Jalan Persekutuan di Sabah

KKR lulus peruntukan RM130 juta senggara Jalan Persekutuan di Sabah

Read Time:1 Minute, 25 Second

Tawau : Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan sebanyak RM130 juta bagi kerja-kerja penyenggaraan berkala turapan dan bukan turapan untuk Jalan Persekutuan di Sabah pada tahun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu sejumlah RM9.979 juta telah diperuntukkan kepada daerah ini.

Katanya, pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan itu adalah di bawah pengawasan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah iaitu pihak yang dilantik sebagai wakil Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

“Hari ini saya turun ke Tawau bagi meninjau antara lokasi yang sering dibawa ke perhatian saya iaitu Jalan Persekutuan RM13 Jalan Sandakan – Tawau iaitu laluan ke Lapangan Terbang Tawau yang mengalami kerosakan struktur jalan dan pembentung.

“Rakan-rakan ahli Parlimen dari Sabah juga ada yang datang sendiri kepada saya melaporkan perkara yang sama.  Kebetulan ada kejadian runtuhan pembentung di sini menyebabkan kerosakan struktur jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kawasan pembentung runtuh itu di sini hari ini.

Alexander berkata, runtuhan di Seksyen 249.77 sepanjang 0.55 kilometer itu dilihat memerlukan pembaikan segera dan peruntukkah sebanyak RM1 juta diluluskan bagi tujuan pelaksaan kerja.

Katanya, runtuhan di Seksyen 256.295 laluan sama iaitu kegagalan pembetung telah menyebabkan satu laluan terpaksa ditutup.

“Berikutan itu, peruntukan sebanyak RM1.506 juta telah diluluskan bagi kerja pembaikan di lokasi berkenaan.

“Saya memahami, banyak lagi lokasi di sini yang memerlukan tindakan segera. Saya dan seluruh pasukan KKR mencuba sebaik mungkin untuk mempertingkatkan mutu jalan raya Persekutuan bersandarkan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.

“Pada masa yang sama, saya tekankan kepada konsesi penyenggaraan untuk mengekalkan momentum pembinaan dan penyenggaraan jalan raya dengan mutu, kos, dan masa yang terjamin,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO FB Alexander Nanta Linggi

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular