HomeUtamaKonvoi KMJG 2024 bermula di Penampang selama 20 hari

Konvoi KMJG 2024 bermula di Penampang selama 20 hari

Read Time:1 Minute, 22 Second

Keningau: Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 yang akan menjelajah ke seluruh daerah di Sabah akan bermula di Penampang, mulai 8 Ogos ini.

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, Konvoi KMJG itu dijangka akan melalui sejauh 2,000 kilometer selama 20 hari.

Katanya, KMJG itu akan membawa mesej kekal bersatu padu demi pembangunan dan kemajuan negeri menjadi lebih progresif.

“Konvoi KMJG pada tahun ini akan mengembara lebih daripada 2,000 kilometer bermula 8 hingga 26 Ogos bermula di Penampang dan akan berakhir di Kota Kinabalu.

“Kita akan pergi kesemua daerah dengan membawa Jalur Gemilang, kebetulan pada tahun ini Hari Sabah juga akan disambut pada 31 Ogos, jadi kita juga akan membawa bersama bendera Negeri Sabah.

“Kita juga membawa bersama mesej-mesej perpaduan, keharmonian supaya kita boleh kekal bersatu padu untuk membangunkan negeri kita menjadi lebih progresif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam Santai Bicara di Konti Keningau FM di sini.

Jainisah berkata, pihaknya turut menggesa seluruh lapisan masyarakat agar bekerjasama dengan Komuniti Madani untuk menggelorakan sambutan bulan Kebangsaan.

“Kita harap semua masyarakat yang berada di seluruh Sabah wujudkan kerjasama dengan Komuniti Madani yang juga rakan strategik kita di lapangan untuk menyampaikan maklumat yang sahih seterusnya membantu kita menangani berita-berita palsu.

“Komuniti Madani kita tahu membawa misi yang sama dengan JaPen untuk kita sama-sama menggelorakan lagi semangat untuk menyambut hari kebangsaan dan kita harapkan semangat itu nanti akan berpanjangan bukan sahaja pada bulan kebangsaan tapi juga bulan-bulan yang seterusnya,” katanya.

Dalam perkembangan itu, turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Madani Peringkat Negeri Sabah akan diadakan di Membakut pada 8 hingga 10 Ogos depan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular