HomeUtamaLebih 600 pelajar hadiri siri jelajah Destini SMJ Anak Muda Sabah.

Lebih 600 pelajar hadiri siri jelajah Destini SMJ Anak Muda Sabah.

Read Time:42 Second

Keningau : Lebih 600 pelajar dari beberapa buah institusi pendidikan di daerah ini menghadiri siri jelajah Destini Sabah Maju Jaya (SMJ) Anak Muda Sabah.

Program yang dianjurkan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah itu telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau di sini baru-baru ini.

Antara institusi pendidikan yang menyertai adalah IPG Keningau; Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS); Kolej Geomatika dan Kolej Vokasional Keningau.

Pelbagai lontaran idea dan cadangan diberikan oleh para peserta dalam sesi dialog yang dikendalikan oleh mahasiswa IPG Keningau selaku moderator Aileen Joseph Oppei.

Antara panel yang hadir, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan dan Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Azrul Ibrahim.

Hadir sama dalam program itu Pengarah IPG Keningau Doti Asing dan Rektor Kolej Geomatika Keningau Prof Madya Faridah Muri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular