HomeUtamaMITI jalin kerjasama dengan Sabah tangani pelbagai cabaran dalam industri pelaburan

MITI jalin kerjasama dengan Sabah tangani pelbagai cabaran dalam industri pelaburan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjalin kerjasama dengan Kerajaan Sabah dan agensi berkaitan bagi menangani pelbagai cabaran dalam industri pelaburan khususnya di negeri ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Sabah dilihat berpotensi besar untuk membangunkan industri pelaburan khususnya dalam usaha menarik pelabur asing.

“Yang penting ialah kita dapat lihat Sabah ini dari segi infrastrukturnya, pelabuhan seperti di Sepanggar pun sudah nampak aktif.  Jadi isunya ialah dua sahaja iaitu kita kena pastikan bekalan tenaga elektrik ini terus mampu untuk memenuhi keperluan industri.

“Memang industri tenaga ini kita punya kelebihan sebenarnya, keduanya dari segi infrastruktur. Kita rasa di sini, kita bersama-sama kerajaan negeri Sabah akan terus memberi perhatian kepada meningkatkan tahap infrastruktur dan logistik dan sebagainya supaya syarikat-syarikat yang datang melabur ke negara kita contohnya negeri Sabah ini dapat meningkatkan keuntungan dan juga pelaburan mereka di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Dalam pada itu, Zafrul mengulas antara kecenderungan pelabur asing untuk datang melabur ke negeri ini adalah kerana mereka melihat Sabah mempunyai bakat dan tenaga kerja yang banyak selain dipengaruhi oleh faktor demografi.

“Sebenarnya Sabah ini lebih dekat dengan China dan Korea daripada Semenanjung, jadi dari segi demografi kalau kita kuatkan infrastruktur, logistik kita, pelabuhan dan lapangan terbang dan sebagainya, lebih banyak syarikat akan datang ke sini untuk menyokong limpahan ekonomi di negara China dan juga Korea, Jepun,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular