HomeUtamaPemilik syarikat ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM200,000

Pemilik syarikat ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM200,000

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi tujuan mendapatkan sebut harga kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua buah sekolah di negeri tersebut bernilai kira-kira RM200,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi media hari ini mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, suspek lelaki berusia sekitar 60-an telah ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM cawangan Tawau.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020.

“Suspek disyaki telah menggunakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan sebut harga kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua buah sekolah di negeri tersebut di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PPE),” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau, esok,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular