HomeUtamaProgram pengedaran barangan perlu, LPG diperluas ke Zon Abai Kinabatangan

Program pengedaran barangan perlu, LPG diperluas ke Zon Abai Kinabatangan

Read Time:1 Minute, 52 Second

Kinabatangan : Penduduk Kampung Abai kini boleh mendapatkan barang perlu, barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi dengan lebih mudah dan murah  apabila Program Pengedaran Barang Perlu, Gas Cecair Petroleum (LPG) dan Community Drumming diperluas ke Zon Abai di sini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menerusi program itu ianya akan dapat memberi manfaat kepada 350 penduduk sekitar untuk mendapat barang yang sama harga seperti dijual di bandar Sandakan.

“Selain merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Ke-58 Tahun Sekolah Kebangsaan Abai, Kinabatangan, hari ini saya juga telah menyerahkan Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) untuk pengoperasian secara rasmi Program Pengedaran Barang Perlu, Gas Cecair Petroleum (LPG) dan Community Drumming bagi Zon Abai, Kinabatangan.

“Antara barang- barang yang terlibat adalah beras, gula putih bertapis, tepung gandum, minyak masak, LPG, petrol RON95 dan diesel ke kawasan pedalaman dan luar bandar yang tersenarai,” katanya dalam kenyataan di  sini.

Armizan berkata, sebelum peluasan program itu, penduduk Kampung Abai memperoleh barang keperluan seperti minyak masak paket dan gula putih bertapis pada harga RM 3.50 berbanding harga kawalan RM2.50 dan RM2.85.

Katanya,  bagi LPG, penduduk terpaksa membeli dengan kadar RM45 setong, berbanding harga kawalan RM26.60 setong.

“Bagi tahun ini, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM225 juta untuk pelaksanaan program ini yang melibatkan enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah. 

“Ini melibatkan pemberian subsidi Kerajaan melalui pelantikan syarikat transporter yang memberikan perkhidmatan mengangkut barang- barang perlu dan barang kawalan yang terpilih daripada pusat/sumber bekalan (point of source) kepada pusat penjualan (point of sale),” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata,  bagi negeri Sabah, program itu meliputi 71 zon yang melibatkan bilangan sebanyak 219 kawasan pengedaran serta 654 point of sale dengan peruntukan sebanyak RM79.7 juta.

Katanya, ini telah memberi impak positif kepada lebih 529,948 populasi di negeri ini. 

“Manakala di Sandakan, program yang melibatkan 19 zon meliputi 51 kawasan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada 109,314 penduduk luar bandar, tetapi golongan peniaga kecil turut menikmati limpahan rezeki.

“Program yang dilaksanakan oleh  KPDN adalah manifestasi keprihatian Kerajaan MADANI untuk mengimbangi keperluan rakyat di samping meningkatkan lagi keberkesanan pemberian perkhidmatan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN

RELATED ARTICLES
Utama

Polis Keningau buru suspek terlibat kes bunuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular