HomeUtamaTMTS catat kedatangan pelancong yang positif

TMTS catat kedatangan pelancong yang positif

Read Time:1 Minute, 31 Second

Semporna : Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) berjaya mencatat kedatangan pelancong yang positif dengan jumlah seramai 302,016 pelancong bagi tempoh dari tahun 2020 sehingga Jun tahun ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) Josie Lai berkata, jumlah itu direkodkan selepas pemansuhan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak COVID-19 yang melanda negara beberapa tahun lalu.

“Taman ini sememangnya tarikan ekopelancongan yang popular, setakat Jun lalu, seramai 42,804 pelancong melibatkan 11,128 Malaysia dan 31,282 luar negara telah melawati kawasan ini.

“Daripada ini 29,654 pelancong iaitu 7,668 Malaysia dan 21,986 luar negara telah mendaki trail Bohey Dulang. Populariti TMTS sebagai kawasan eko-pelancongan marin yang terbaik telah ditunjukkan dalam kewangan yang kukuh.

“Pada tahun 2022, TMTS telah mencatatkan pendapatan sebanyak  RM373,692, kemudian RM3,523,547 pada tahun lalu dan sehingga Mac 2024 adalah sebanyak RM1,234,216,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Ulang Tahun Perwartaan TMTS Semporna ke-20 di sini semalam.

Josie berkata, TMTS mempunyai 20 tapak selaman iaitu lapan di Sibuan, 10 di Mantabuan, dan dua di Bohey Dulang.

Katanya, ‘Manta Point’ merupakan salah satu tapak selaman yang terbaik di dunia  Ianya juga mempunyai ‘hiking trail’  sepanjang 700 meter dan berketinggian 300 meter.

“Pihak Taman-Taman Sabah (TTS) telah meningkatkan dan memperbaiki prasarana pelancongan di TMTS menerusi pelbagai usaha. Pada tahun lalu, tandas di ketinggian 500 meter dibina bagi kemudahan pelancong yang menaiki trail Bohey Dulang.

“Trail ini juga telah dinaiktaraf dan satu pelantar dibina untuk memudahkan pelancong naik dan turun di kawasan ini pada tahun 2022.

“Seterusnya, terdapat juga pembinaan yang sedang dilakukan pihak TTS seperti pondok kawalan di trail, bangunan staf baru, pondok pendaftaran dan pemeriksaan, kafe di Pulau Bohey Dulang, kepala jeti, pondok pengawal pantai dan tandas di Pulau Sibuan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Muzium Negara Terima Koleksi Set Tagung Kadazan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular