HomeIsu tempatanUsaha wujudkan sekolah menengah, kolej swasta akan terus diperjuang

Usaha wujudkan sekolah menengah, kolej swasta akan terus diperjuang

Read Time:1 Minute, 15 Second

Sipitang : Usaha untuk mewujudkan sebuah lagi sekolah menengah dan kolej swasta di daerah ini  akan terus diperjuangkan sejajar dengan keperluan pembangunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata,  ketika ini terdapat empat sekolah menengah di daerah ini  iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengiran Omar I, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Berampah, SMK Pengiran Omar II dan SMK Sindumin.

Katanya, beliau mahu sebuah lagi sekolah menengah diwujudkan dan pernah mencadangkan kepada kerajaan untuk membina sebuah Sekolah menengah agama di kawasan Mesapol.

“Bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pertambahan penduduk di daerah Sipitang, usaha mewujudkan sebuah lagi sekolah menengah akan saya teruskan.

“Pembangunan pendidikan ini penting selain menaik taraf sekolab-sekolah yang sedia ada di daerah ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2023/2024 SMK Pengiran Omar II, di sini.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Sulaiman Suhail, Pengetua SMK Pengiran Omar II Annie Sawali dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pengiran Omar II Raihani Sinjam.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, pada masa sama, beliau juga mahu  kolej swasta diwujudkan termasuk yang berteraskan petroleum di daerah ini kerana adanya Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

“Sebagai anak Sipitang, impian untuk membina sebuah lagi sekolah menengah dan mewujudkan kolej swasta ini akan saya perjuangkan untuk menjamin masa depan yang baik anak-anak Sipitang,” jelasnya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 SMK Pengiran Omar II. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular