HomeUtamaHajiji mahu pembinaan Batalion PGA Keningau, Kunak dipercepatkan

Hajiji mahu pembinaan Batalion PGA Keningau, Kunak dipercepatkan

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu pembinaan dua lagi kompleks Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) masing-masing di kawasan pantai timur dan pedalaman Sabah perlu dipercepatkan.

Katanya, ia adalah sejajar dengan usaha ke arah mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di negeri ini selain penting bagi menangani sebarang ancaman.

Menurutnya, kedudukan dua batalion baharu PGA itu adalah Batalion 21 Keningau dan Batalion 22 Kunak.

“Sabah adalah negeri yang luas dan dikelilingi tiga lautan – Laut China Selatan di barat, Laut Sulu di timur laut dan Laut Sulawesi di timur, manakala di sebelah selatan, Sabah bersempadan dengan Indonesia.

“Oleh itu, tambahan dua kompleks PGA ini adalah perlu bukan saja untuk menghentikan gerakan subversif tetapi juga menghalang kegiatan penyeludupan bahan api, kayu balak, dadah dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran buku Op Daulat Tanduo bertajuk ‘Pasukan Gerakan Am, Briged Sabah: Eliminating Terrorist and The Fifth Column in Kampung Tanduo, Lahad Datu’ di Menara Kinabalu, di sini hari ini. 

Hajiji berkata, tambahan dua batalion baharu itu mengukuhkan lagi kawalan dan kedudukan PGA di Sabah yang ketika ini diperkuatkan lima batalion sedia ada iaitu di Kinarut, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Beluran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular