HomeUtamaLebih 1,500 rumah setinggan berjaya dirobohkan di Sabah

Lebih 1,500 rumah setinggan berjaya dirobohkan di Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu: Lebih 1,500 rumah setinggan berjaya dirobohkan dalam operasi perobohan rumah yang dibina diatas tanah Kerajaan di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, jumlah perobohan rumah itu akan terus meningkat menerusi operasi yang giat dilaksanakan pihaknya bersama pihak penguatkuasa yang lain.

“Boleh dikatakan semua daerah sudah kita laksanakan operasi perobohan rumah setinggan ini, sama ada dalam kuantiti yang banyak atau satu per satu. 

“Setakat ini juga kita laksanakan operasi perobohan biasa dan jika kita jumpa penghuni yang tidak memiliki sebarang dokumen, kita akan tangkap,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Pelancaran Buku Dokumentasi Op Daulat Tanduo di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jauteh turut menekankan antara enam objektif utama operasi perobohan rumah setinggan yang dilaksanakan. 

“Pertama untuk menjamin keselamatan negeri Sabah, kita tidak mahu kawasan tanah kerajaan dijadikan sebagai tempat anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab serta membebaskan tanah-tanah kerajaan ini daripada penempatan haram. 

“Ketiga, kita membanteras jenayah yang berlaku di kawasan ini, kita dapat mengurangkan kadar jenayah dari segi harta benda atau narkotik dan yang keempat kita membantu kerajaan menangani isu kecurian elektrik. 

“Seterusnya membantu menangani isu kecurian air dan yang keenam yang paling ketara di negeri kita adalah masalah kekotoran sampah sarap,” katanya 

Sebelum ini, media melaporkan beberapa operasi perobohan rumah setinggan telah dilaksana dan yang terbaru adalah perobohan 51 rumah setinggan di sekitar kawasan Kota Kinabalu dengan melibatkan penahanan enam warga asing pada 23 Julai lalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular