HomeIsu tempatanBakti SUKSIS UMS pupuk semangat kemasyarakatan

Bakti SUKSIS UMS pupuk semangat kemasyarakatan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu: Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program Bakti SUKSIS UMS 2024 bersama komuniti di Kudat, baru-baru ini.

Program itu antara lain bertujuan memberikan khidmat masyarakat kepada penduduk Kampung Tinangol serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Pinawantai.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, ACP Abdul Rahman Kassim berkata, sikap serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh pelatih SUKSIS UMS sememangnya amat diperlukan bagi memangkin kejayaan dan kecemerlangan sesebuah program.

Pada kesempatan ini, setinggi-tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelatih-pelatih Kor Sukarelawan Polis UMS, para jurulatih dan tidak lupa juga Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UMS.

Harapan saya semoga program seumpama ini akan dapat memberi suntikan semangat kepada kita semua untuk memperkasakan lagi nilai-nilai kemasyarakatan dalam diri kita semua,”  katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut yang dihadiri kira-kira 200 peserta bersama 65 kor pelatih SUKSIS UMS.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah ceramah pemantapan sahsiah untuk pelajar sekolah, gotong royong membersihkan kawasan sekitar, perkhidmatan gunting rambut secara percuma dan lukisan mural di bangunan SMK Pinawantai.

Sementara itu Pengarah Program Bakti SUKSIS UMS 2024, Jesnita Jsbal berkata program itu juga diadakan bagi melatih para pelatih kor SUKSIS untuk menghayati serta menjayakan slogan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Di samping itu, ia juga bagi memberikan kesedaran dalam kalangan pelatih SUKSIS tentang kepentingan sikap prihatin terhadap permasalahan masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada kehidupan kampus dan akademik semata-mata,” katanya.

Hadir sama Pegawai Turus Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, Supt. Awang Anak Suanda; Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat, ASP Rugis Anak Lidom; Timbalan Komandan Kor SUKSIS UMS, Supt/KS Profesor Madya Dr. Peter Voo Su Kiong serta Pengetua SMK Pinawantai, Abdul Gani Haiyun.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular