HomeUtamaDBKK ambil pendekatan mesra ajak peniaga kibar Jalur Gemilang

DBKK ambil pendekatan mesra ajak peniaga kibar Jalur Gemilang

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil pendekatan untuk mengadakan lawatan dan tinjauan mesra kepada para peniaga bagi menyemarakkan kempen Kibar Jalur Gemilang.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, para pegawai DBKK akan melaksanakan tugasan tersebut bagi memastikan para pemilik premis dan peniaga bersama-sama menjayakan kempen kibar bendera kebangsaan dan negeri pada tahun ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah

Katanya, pada peringkat awal pihak DBKK akan membuat lawatan mesra bagi memeriksa dan mengetahui kenapa mereka tidak boleh melaksanakan kempen ini.

“Kita akan membuat tinjauan mesra untuk berjumpa dengan pemilik premis yang mungkin belum mengibarkan bendera.

“Kita ingin mengetahui sama ada mereka mempunyai masalah mendapatkan bekalan bendera ataupun tidak.

“Selepas itu, kita akan minta mereka membuat pembelian untuk memastikan mereka mesti mengibarkan bendera di premis perniagaan mereka sepanjang sambutan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Tinjauan Mesra Pra Publisiti Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri 2024 di Jalan Gaya di sini semalam.


Sabin berkata, sebagai permulaan lebih 200 Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah diagihkan secara percuma kepada para peniaga sekitar Jalan Gaya sebagai persediaan mengimarahkan pelancaran program tersebut.

Majlis pelancaran itu akan disempurnakan  Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada esok bermula jam 9 pagi di Perkarangan Bangunan DBKK.

Terdahulu, Sabin bersama-sama dengan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Chee Shok Ting, Pengarah Penerangan (JaPen) Sabah, Jainisah Mohd Noor dan Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol, Shafaruddin Halide turut meninjau raptai penuh dan persiapan akhir Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 di lokasi pelancaran.

Hadir sama Ketua Pengarah DBKK Sr Lifred Wong, Timbalan Ketua Pengarah DBKK Faradillah Abdul Rani dan Timbalan Pengarah JaPen Sabah Supian Musa.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular