HomeUtamaDua pegawai agensi penguat kuasa direman, kes sindiket pengeluaran pas lawatan IMM13

Dua pegawai agensi penguat kuasa direman, kes sindiket pengeluaran pas lawatan IMM13

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini telah menahan reman dua pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran pas lawatan IMM13 di Sandakan.

Perintah reman selama enam hari sehingga 6 Ogos 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Nur Faezah Jafry terhadap suspek pertama yang berusia 50-an setelah permohonan di buat SPRM di Mahkamah Majistret Sandakan pagi tadi manakala Majistret Don Stiwin Malanjum telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari sehingga 7 Ogos 2024 kepada suspek kedua yang berusia 30-an setelah permohonan di buat SPRM di Mahkamah Sesyen Tawau.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, terdahulu kedua-dua suspek lelaki telah ditahan sekitar jam 5.30 petang hingga 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan dan Tawau.

“Tangkapan terbaharu ini adalah susulan daripada tangkapan dua beranak berkaitan kes yang sama pada Jumaat lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang direman hari ini dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2022 dan ia melibatkan nilai rasuah kira-kira RM20,000.

“Kedua-dua suspek juga dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama orang tengah dalam menguruskan lanjutan permohonan pas lawatan IMM13 kepada pelarian Filipina yang datang berlindung di Sabah akibat pergolakan sekitar awal 1970-an.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan kejayaan ini adalah hasil risikan SPRM Sabah,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular