HomeIsu tempatanPenanaman padi boleh dikomersialkan di Beaufort, bantu tingkat keterjaminan makanan negara

Penanaman padi boleh dikomersialkan di Beaufort, bantu tingkat keterjaminan makanan negara

Read Time:1 Minute, 2 Second

Beaufort : Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) khususnya di daerah ini digalakkan untuk menjalin kerjasama dengan gerakan koperasi yang ada bagi membantu Kerajaan dalam memastikan keterjaminan makanan negara terus terjamin.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, kerjasama itu dapat dilibatkan khususnya koperasi yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan kewangan yang kukuh dalam suatu bidang.

“Saya difahamkan PPK Beaufort mempunyai keluasan sawah pagi sedia ada yang terbiar dan ianya boleh dimajukan menerusi penanaman pagi secara komersial. Ia juga adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan untuk memastikan keterjaminan makanan itu terus terjaga.

“Kita melihat kawasan-kawasan yang saya nyatakan tadi kita akan cuba mengadakan perbincangan di antara PPK Beaufort; Jabatan Pertanian dan juga Jabatan Pengairan Saliran (JPS) untuk merangka satu pelan untuk kita memulakan satu projek penanaman padi secara komersial dan yang tidak komersial pun ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-46 PPK Beaufort di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pendekatan untuk bekerjasama dengan gerakan koperasi juga dilihat dapat membantu Kerajaan dalam memastikan keterjaminan makanan itu sendiri.

“Saya yakin kalau ini kita dapat lakukan sedikit sebanyak kebergantungan makanan daripada import luar negara itu dapat kita kurangkan,” katanya. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular