HomeEkonomiPerkasakan PMKS sebagai agen pembangunan ekonomi negara

Perkasakan PMKS sebagai agen pembangunan ekonomi negara

Read Time:4 Minute, 41 Second

1.        Pada minggu lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerbitkan laporan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2023. Secara am-nya, laporan berkenaan menunjukkan prestasi serta sumbangan PMKS kepada ekonomi negara.

2.        Fakta menarik. Definisi PMKS adalah berlandaskan jumlah jualan tahunan atau jumlah pekerja:

PerusahaanJumlah Jualan TahunanJumlah Pekerja Sepenuh Masa
Sektor Pembuatan
Mikrokurang daripada RM 300 ribukurang daripada 5 orang
KecilRM 300 ribu – RM 15 juta5 – 75 orang
SederhanaRM 15 juta – RM 50 juta75 – 200 orang
Sektor Pertanian, Pembinaan, Perlombongan & Pengkuarian, Perkhidmatan
Mikrokurang daripada RM 300,000kurang daripada 5 orang
KecilRM 300 ribu – RM 3 juta5 – 30 orang
SederhanaRM 3 juta – RM 20 juta30 – 75 orang

3.        Menurut laporan PMKS 2023 berkenaan, pada tahun 2023, PMKS telah menyumbang sebanyak RM 613.1 billion (39.1%) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara. Jumlah ini merupakan peningkatan 5.0% dari tahun 2022.

4.        Dalam tempoh masa 8 tahun (2016 – 2023):

  • KDNK negara telah meningkat 27.6%, dari RM 1,229.3 billion (2016) kepada RM 1,568 billion (2023)
  • nilai sumbangan PMKS kepada KDNK negara pula telah meningkat 33.7%, dari RM 458.7 billion (2016) kepada RM 613.1 billion (2023)
  • peratusan sumbangan PMKS kepada KDNK negara agak mendatar, dari 37.3% (2016) kepada 39.1% (2023)

5.        Merentasi lima sektor ekonomi negara, nilai serta peratusan sumbangan PMKS berbeza-beza, di mana ada peningkatan dari tahun 2022 untuk empat sektor.

  • sektor Pertanian: PMKS merupakan penyumbang terbesar dengan 55.1%, meningkat dari 54.8% (2022)
  • sektor Perlombongan & Pengkuarian: sumbangan PMKS hanyalah 3.2%, meningkat sedikit dari 3.0% (2022)

Secara tidak langsung, ini menunjukkan sektor Pertanian negara masih di dominasi oleh PMKS ataupun pekebun kecil. 

6.        Untuk sektor Perkhidmatan, PMKS di dominasi oleh sub-sektor perdagangan borong & runcit, makanan & minuman serta penginapan. Manakala, untuk sektor pembuatan, sumbangan PMKS di dorong oleh sub-sektor makanan, minuman dan tembakau.

7.        Di samping itu, PMKS melibatkan jumlah guna tenaga yang banyak. Pada tahun 2023, bilangan guna tenaga PMKS merangkumi 48.5% daripada keseluruhan guna tenaga negara. Malah, dalam tempoh masa 8 tahun (2016 – 2023), peratusan guna tenaga PMKS telah meningkat dari 47.0% kepada 48.5%.

8.        Laporan PMKS 2023 menunjukkan:

  • peratusan guna tenaga PMKS (48.5%) adalah lebih besar berbanding dengan sumbangan PMKS (39.1%) kepada KDNK negara
  • peranan PMKS di dalam ekonomi negara terus meluas dengan peningkatan peratusan guna tenaga kerja PMKS

9.        Secara keseluruhan, jumlah guna tenaga PMKS ialah 7.86 juta orang (2023), meningkat 3.5% dari 7.59 juta orang (2022). Daripada jumlah tersebut, lebih 90% guna tenaga PMKS berada di dalam tiga sektor ekonomi:

  • Perkhidmatan (5.089 juta orang: 64.7%)

Ini meliputi sub-sektor: perdagangan borong & runcit, makanan & minuman, penginapan, pengangkutan & penyimpanan, serta maklumat & komunikasi

  • Pembuatan (1.277 juta orang: 16.3%)
  • Pertanian (0.795 juta orang: 10.1%)

10.      Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Malaysia di laporkan berkata bahawa, pada tahun 2022, terdapat sejumlah 1.17 juta pertubuhan PMKS, merangkumi 97.4% daripada jumlah keseluruhan perniagaan di Malaysia.

11.      Justeru itu, selaras dengan sumbangan besar PMKS kepada KDNK negara serta peranan PMKS sebagai majikan kepada jutaan pekerja, kerajaan wajar mengandakan usaha untuk memperkasa PMKS sebagai agen pembangunan ekonomi negara yang mampan.

12.      Usaha berkenaan wajar berteraskan tanggungjawab kerajaan sebagai pengawal-selia/ regulator dan pemudah-cara/ facilitator untuk merancakkan pertumbuhan PMKS. Ini termasuklah:

  • mengemas-kini dasar dan peraturan yang mesra PMKS
  • menyediakan serta memudahkan akses kepada dana pembiayaan
  • meningkatkan jalinan rantaian bekalan/ supply chain di kalangan PMKS, serta di antara PMKS dengan syarikat besar dan multi-nasional
  • membuka pasaran kepada PMKS di dalam dan luar negara
  • menyediakan lokasi perniagaan yang strategik

13.      Maka, di bawah Belanjawan 2024, Kerajaan Malaysia telah meyediakan peruntukan keseluruhan yang besar sebanyak RM 44 billion, di dalam bentuk pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk PMKS. Antaranya:

  • Bank Negara Malaysia (BNM): RM 8 billion
  • Bank Simpanan Nasional (BSN): RM 1.4 billion
  • TEKUN: RM 330 juta
  • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM): RM 100 juta

(nota: AIM telah merekodkan kadar pinjaman tak berbayar/ non-performing loan (NPL) yang sangat rendah, iaitu 0.26% pada tahun 2022)

14.      Di samping itu juga, Perdana Menteri Malaysia pernah memaklumkan bahawa Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), iaitu sebuah organisasi milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, telah menjamin lebih 100,000 PKS, dengan nilai keseluruhan jaminan berjumlah lebih RM 75 billion.

Jumlah PKS tersebut merangkumi: PKS bukan Bumiputera (75%) dan PKS Bumiputera (25%).

15.      Jurang besar tersebut wajar mendapat perhatian serta penelitian segera oleh semua pihak berkepentingan. Sekilas pandang, ianya menggambarkan PKS Bumiputera masih jauh ketinggalan. Dengan peruntukan berbillion Ringgit setiap tahun menerusi pelbagai agensi kerajaan, ini seolah-olah menampakkan agenda pemerkasaan PKS Bumiputera telah gagal. Adakah benar?

Jika benar, overhaul semua agensi terbabit agar lebih efisyen dan efektif, serta memiliki akauntabiliti.

16.      Pada masa yang sama, kerajaan juga wajar meneliti kembali dasar serta mandat yang di berikan kepada agensi kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Government-Linked Company (GLC), di mana ada yang menjalankan perniagaan yang tidak berkepentingan nasional mahupun strategik, dan secara langsung bersaing dengan PMKS. Ini sudah pasti menimbulkan kesan ‘crowding out’ di dalam eko-sistem ekonomi negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular