HomeUtamaFAMA giat laksana projek naik taraf Pasar Tamu di Sabah

FAMA giat laksana projek naik taraf Pasar Tamu di Sabah

Read Time:1 Minute, 27 Second

Keningau : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) giat melaksanakan projek naik taraf Pasar Tamu di Sabah dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pada tahun ini sebanyak 41 Pasar Tamu akan terlibat dalam projek naik taraf berkenaan.

“Sejumlah 38 buah Pasar Tamu sedang dalam proses menaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM7.6 juta dan dijangka siap pada tahun ini.

“Manakala sebanyak tiga buah Pasar Tamu iaitu Pasar Tamu Kinabatangan, Pasar Tamu Menggerimot dan Pasar Tamu Rancangan Belia Tiulon dalam proses dokumentasi dan pelaksanaan bagi tujuan naik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan sesi lawatan tapak sempena program FAMA FEST 2024 @ Sabah yang akan berlangsung pada 29 Ogos sehingga 1 September 2024. 

Seramai 442 usahawan dengan anggaran jualan sebanyak RM250,000 melibatkan anggaran pengunjung seramai 20,000 disasarkan sepanjang program yang akan berlangsung. 

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, Faisal Iswardi dan Pengarah FAMA Negeri Sabah, Sarman Sidno.

Arthur berkata, projek naik taraf itu akan memberikan peluang dan manfaat sehingga 150 orang usahawan di sesebuah Pasar Tamu dalam menjalankan aktiviti pemasaran agromakanan. 

Katanya, usaha itu mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kemudahan fasiliti dan keselesaan pengunjung di Pasar Tamu

“Dalam masa yang sama turut mengekalkan elemen budaya setempat yang merupakan keunikan identiti masyarakat di Wilayah ini,” katanya 

Untuk rekod, sehingga tahun 2023, FAMA telah membelanjakan sebanyak RM5.36 juta bagi menaiktaraf enam buah Pasar Tamu sedia ada.

Antaranya Pasar Tamu Sook Keningau, Pasar Tamu Dataran Tomborungus Kudat, Pasar Tamu Kunak, Pasar Tamu Beluran, Pasar Tamu Tuaran dan di Pasar Tamu Telupid.

Pasar Tamu memainkan peranan yang penting sebagai medan pemasaran hasil pengeluaran produk pertanian dan agromakanan yang diadakan secara mingguan di Wilayah Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PBS, Sabah STAR anjur Rumah Terbuka Krismas 25 Dis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular