HomeIsu tempatanLebih 4 tan sampah berjaya dikutip menerusi program CSR

Lebih 4 tan sampah berjaya dikutip menerusi program CSR

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Lebih empat tan sampah berjaya dikutip menerusi pelaksanaan program khidmat masyarakat bagi membersihkan pantai sekitar Taman Teluk Likas II di sini baru-baru ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan kakitangan pengurusan Centre Point Sabah (CPS) itu menunjukkan komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar.

CPS dalam satu kenyataan berkata, program yang berlangsung selama dua jam itu berjaya mengumpulkan sejumlah 4009.5 kilogram atau empat tan sampah dan ia merupakan jumlah tertinggi setakat ini.

“Kami amat berbangga dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh pasukan pengurusan Centre Point Sabah. Jumlah sampah yang dikumpul dalam masa hanya dua jam adalah luar biasa dan mencatatkan rekod baharu untuk usaha pembersihan kami,” menurut kenyataan itu. 

Acara ini merupakan yang pertama kali dianjurkan oleh pihak pengurusan CPS.

Kejayaan inisiatif ini telah memberi inspirasi kepada pusat beli-belah untuk merancang aktiviti pembersihan pada masa hadapan bersama dengan komuniti setempat, mengukuhkan komitmen mereka terhadap penjagaan alam sekitar.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam CPS Meredith Madani berkata, pihaknya sangat gembira kerana dapat memberi impak yang besar dengan aktiviti pembersihan pantai buat kali pertama.

“Ini hanyalah permulaan, dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan komuniti untuk memastikan pemeliharaan kawasan pantai kita yang indah,” katanya. 

Bersempena dengan ulang tahun ke-34 pusat beli-belah dan ‘Hari Tanpa Plastik’ yang dilaksanakan oleh DBKK, pusat beli-belah ini melancarkan kempen “Beli & Tebus: Bawa Beg Bah!”.

Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik dan mempromosikan amalan mesra alam.

Dari 24 Ogos hingga 4 September 2024, pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dalam satu atau gabungan resit semasa sambutan ulang tahun akan menerima beg beli-belah yang boleh dilipat.

Kempen ini selaras dengan Kempen 3B (Bawa Beg Bah) oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, seperti yang diumumkan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu pada Jun 2024. 

Sebanyak 3,600 beg boleh guna semula akan diedarkan untuk menggalakkan tabiat membeli-belah yang lestari. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular