HomeUtamaSESB jalin kerjasama dengan UPPM Sabah

SESB jalin kerjasama dengan UPPM Sabah

Read Time:3 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memerlukan jalinan kerjasama daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang memainkan peranan penting sebagai penyampai maklumat mengenai ceritera pembangunan negeri kepada masyarakat, kata Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Katanya, peranan UPPM diharap dapat berkongsi maklumat terkini kepada masyarakat berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan serta usaha-usaha yang dilaksanakan oleh SESB untuk meningkatkan pembekalan elektrik.

Madius berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Libat Urus SESB Bersama UPPM Negeri Sabah 2024 di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar.

Dalam pada itu, Madius berkata, SESB juga sedar dengan peredaran landskap ekonomi Sabah yang beraspirasi ke arah industrialisation yang kesemuanya menuntut perkhidmatan bekalan elektrik yang berdayaharap dan berpatutan.

Katanya, pendekatan yang dibuat adalah untuk memastikan upstream adequency (iaitu memastikan kapasiti penjanaan dan talian penghantaran yang kukuh) dan downstream reliability (iaitu keboleh harapan retikulasi Pembahagian).

“Justeru itu, Pelan Kelestarian SESB dibangunkan pada 2018 dan memberikan fokus kepada tiga strategik utama dalam usaha untuk menangani cabaran dan kekangan ke arah memberikan perkhidmatan bekalan elektrik yang mampan dan berdayaharap menjelang 2030.

“Perancangan pembangunan melalui pelan ini adalah dengan menggunakan kaedah SML iaitu Short, Medium dan Long dan memberikan keutamaan kepada meningkatkan prestasi Teknikal dan Kewangan syarikat dengan dibantu atau disokong oleh cara bekerja yang menggunakan pendekatan Budaya Berprestasi Tinggi.

“Antaranya Safety Excellence, Maintenance Excellence, Innovative and Risk Smart atau Kecemerlangan Keselamatan, Kecemerlangan Penyelenggaraan, Inovatif dan Risiko Pintar,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, SESB turut memberikan tumpuan kepada usaha-usaha mentransformasikan SESB ke arah yang lebih baik bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat.

“Pelan Kelestarian SESB ini yang menggabungkan tujuh model perubahan dan akan dizahirkan dengan menggunakan enam tema strategi iaitu mengukuhkan amalan keselamatan, mengoptimakan penjanaan, meningkatkan dayaharap terhadap penjanaan, penghantaran dan pembahagian, melaksanakan inisiatif yang berkaitan dengan pihak berkuasa dalam usaha mengurangkan system loss, memberi tumpuan kepada hubungan baik dengan pengguna dan yang terakhir melaksanakan Incentive Based Regulations (IBR),” katanya.

Menurutnya lagi, SESB juga kini mengorak langkah kearah pengurusan berlandaskan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di dalam operasi seharian. Namun begitu, konsep kemampanan ini bukanlah sesuatu yang baharu di SESB, malah agenda kemampanan telah lama menjadi sebahagian daripada fokus SESB dalam memastikan infrastrukur yang dibangunkan oleh SESB untuk rakyat tidak menjejaskan alam sekitar secara keseluruhannya.

“Tumpuan kepada elemen berasaskan amalan ESG adalah penting ketika ini bagi memastikan SESB dapat mencapai objektif syarikat. Dalam pada itu, usaha kearah ESG ini juga adalah sebagai sokongan kepada kerajaan untuk merancakkan semula pembangunan sosioekonomi negara dengan kemampanan dan kemakmuran jangka panjang menjadi asas untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Usaha-usaha ini menunjukkan keprihatinan SESB sebagai sebuah syarikat pembekalan utiliti tenaga yang dipercayai, berdayaharap dan progresif di negeri Sabah untuk sama-sama membantu memacu pembangunan Sabah dan juga W.P Labuan,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, SESB amat berharap agar penganjuran program tersebut dapat memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan perkhidmatan SESB dan secara langsung dapat membantu SESB untuk mendekatkan diri dengan pelanggan-pelanggan, stakeholders dan strategic partner.

Sementara itu, Pengarah UPPM Negeri Sabah, Datuk Awang Kadin Tang berkata, peluang yang diberikan oleh SESB pada hari ini untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan SESB perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan secara bijak agar PPM dapat memberikan khidmat kepada masyarakat di kawasan masing-masing dengan baik.

“Apa saja yang dikongsikan oleh SESB perlu disampaikan kepada rakyat agar mereka faham dan tahu fungsi sebenar SESB dalam membantu memacu pembangunan negeri Sabah.

“Peranan kita sebagai PPM perlu diaktifkan, bukan sahaja mendengar masalah dan keluhan rakyat di peringkat akar umbi dan menyelesaikan dengan adil dan bijak tetapi sebagai wadah untuk menyampaikan apa jua maklumat-maklumat yang perlu diketahui yang akan memudahkan kehidupan mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular