HomeIsu tempatanUMS cemerlang di WCOPA 2024, bawa pulang 11 pingat

UMS cemerlang di WCOPA 2024, bawa pulang 11 pingat

Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu: Pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pelbagai anugerah di Pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2024 yang diadakan di Long Beach, Los Angeles, baru-baru ini.

Penyertaan pada kejohanan tersebut antara lain bertujuan mempamerkan bakat seni pelajar UMS di peringkat antarabangsa serta meningkatkan imej universiti dan negara.

Pengurus Pasukan UMS, Norain Abd Razak, penglibatan UMS pada kejohanan tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman berharga dalam pertandingan bertaraf dunia dan mengembangkan potensi seni mereka.

Katanya kejayaan tersebut adalah hasil daripada dedikasi dan kerja keras semua pihak yang terlibat.

“Pasukan UMS telah berlatih dengan gigih selama berbulan-bulan untuk memastikan mereka dapat memberikan persembahan terbaik di pentas dunia.

“Dengan bimbingan daripada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS, Dr. Sharip Zainal Sagkif Shek dan sokongan dari pelbagai pihak, kita berjaya mengatasi cabaran dan mencapai kejayaan yang membanggakan ini,” katanya.

Norain turut memaklumkan, pencapaian tersebut adalah kali pertama selepas tiga tahun mencuba nasib dalam kejohanan itu. 

“Kejayaan ini adalah bukti bahawa usaha dan kesungguhan yang tidak pernah putus akhirnya membuahkan hasil.

“Ini juga membuka peluang kepada pelajar kita untuk terus mengejar impian mereka dalam bidang seni industri kreatif,” katanya.

Pasukan UMS yang terdiri daripada Vanessa William, Aejexrelson Rauli, Mohammad Daniel Ahmad, dan Jasmine Arora Anak Seliman berjaya meraih satu pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa menerusi kategori tarian solo.

Selain itu, mereka turut merangkul masing-masing satu pingat emas dan division, perak, gangsa bagi kategori tarian duo, serta tiga pingat gangsa dalam kategori elite trio menerusi genre Jazz, Hip Hop dan Muzikal.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak yang membantu dalam merealisasikan impian besar pelajar-pelajar UMS ke peringkat antarabangsa ini. 

“Kami ingin menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, MyCreative Arts, MOTAC, dan Jetama Water Sdn. Bhd, Nuansa DT, Stage Production dan semua individu yang telah mendoakan kejayaan kami,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 15,000 dijangka meriahkan FPTA 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular