HomeUtamaUsaha perangi ancaman siber perlu kerjasama semua pihak

Usaha perangi ancaman siber perlu kerjasama semua pihak

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Kerjasama semua pihak penting dalam memastikan usaha bagi memerangi ancaman siber khususnya di negara ini dapat dibendung daripada terus berleluasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerjasama yang erat akan dapat membentuk satu ekosistem keselamatan siber yang kukuh dan berkesan.

“Saya juga ingin menekankan betapa pentingnya kerjasama antara semua pihak; kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta, institusi pendidikan, dan masyarakat dalam usaha memerangi ancaman siber. 

“Justeru melalui ceramah dan sesi perbincangan yang telah diadakan, saya yakin para peserta telah dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang berguna untuk menghadapi cabaran keselamatan siber,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar ICT (SEMIT) Sabah ke-16 2024 ‘Cybersecurity In The Age Of Digital Transformation’ di sini semalam.

Seminar yang diadakan itu adalah memfokuskan ke arah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai keselamatan siber. 

Katanya yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, ia adalah penting terutamanya bagi penjawat awam yang mengendalikan pelbagai urusan secara digital, dan melibatkan data-data sensitif daripada pelanggan khususnya rakyat.

“Dalam era digital yang serba canggih ini, kita tidak dapat lari daripada kepentingan keselamatan siber atau cybersecurity. Teknologi telah membawa kita ke tahap yang belum pernah kita bayangkan sebelum ini. 

“Internet of Things (IoT), kecerdasan buatan (AI), dan data raya (big data) telah mengubah cara kita bekerja, berkomunikasi, dan menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, dengan kemajuan yang ada, rakyat perlu bijak menangani ancaman baru yang datang selain ditangani dengan berkesan.

“Ancaman-ancaman ini bukan sahaja menjejaskan individu, tetapi juga organisasi, syarikat, dan bahkan negara. Oleh itu, keselamatan siber tidak lagi boleh dipandang ringan. 

“Ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan bahawa maklumat dan data kita dilindungi daripada ancaman yang semakin canggih,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular