HomeUtamaDBKK pertimbang laksana undang-undang kecil tangani penggunaan beg plastik

DBKK pertimbang laksana undang-undang kecil tangani penggunaan beg plastik

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Satu undang-undang kecil sedang dipertimbangkan bagi tujuan menangani penggunaan dan pembuangan beg plastik di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, undang-undang itu dilihat perlu bagi membolehkan kempen ‘Hari-Hari Bawa Beg Bah’ dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Bagi saya, secara peribadi, kita sepatutnya mempunyai undang-undang kecil penggunaan beg plastik untuk menghalang kerana setakat ini, walaupun sekarang ini, kita belum ada undang-undang, jadi bermakna usaha ini sebenarnya tidak berkesan.

“Kalau kita ada undang-undang kecil itu, ini boleh menghentikan, sekurang-kurangnya menghentikan penggunaan beg plastik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan kempen ‘Hari-Hari Bawa Beg Bah’ di Pasar Raya Bataras di Jalan Gaya di sini semalam.

Abidin berkata, meskipun kempen itu mula dilaksanakan semalam namun tidak ada tindakan akan diambil kepada mereka yang melanggar arahan selain akan memberi peringatan mesra.

Dalam pada itu, Abidin berkata, program yang dilaksanakan itu merupakan satu detik bersejarah dimana ianya menandakan bermulanya pelaksanaan inisiatif hijau oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) iaitu tiada lagi beg plastik sekali guna akan dibekalkan sama ada berbayar mahupun secara percuma kepada semua pengguna.

Katanya ia termasuklah di premis pasar raya (Hypermarket, Supermarket, Mart), Kedai Serbaneka (Departmental Store), Kedai Rangkaian, Farmasi, Kedai Serbaneka, Kedai Runcit, Kedai Serbaneka Stesen Minyak, Kedai Bakeri, Kedai-kedai Pakaian, Pasar Pekan Manggatal, Pasar Pekan Inanam dan Pasar Pekan Telipok pada setiap hari.

“Hanya peniaga bahan mentah seperti ikan, daging dan makanan laut di pasar bangunan dibenarkan untuk menggunakan bahan plastik bagi tujuan pembungkusan.

“Kempen ‘Hari-hari Bawa Beg Bah’ yang dahulunya dikenali sebagai ‘Bawa Beg Bah’ setiap Sabtu, Ahad dan Isnin, merupakan satu usaha dari DBKK untuk memelihara alam semula jadi bandar raya, mengurangkan pencemaran yang berpunca dari beg plastik sekali guna sekaligus melahirkan satu bandar raya yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular